Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, October 16, 2010

Kita tunggu Selangor dan Penang bagi dulu laa..... baru boleh lawan.....

Tiada bonus kerana kos besar – PM

16/10/2010 3:46pm

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion.
Oleh itu, katanya, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.
"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan... kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.
"Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam,” kata beliau berucap pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, hari ini. – Bernama

KITA TUNGGU FMM dan JACTIM cakap apa pula....

Gaji minimum sektor swasta dilaksana Jun/Julai 2011
SUNGAI PETANI - Gaji minimum sektor swasta akan dilaksanakan seawal-awalnya pada Jun atau Julai tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam. 

Beliau berkata, bagaimanapun tahap minimum gaji berkenaan hanya akan diputuskan semasa pembentangan cadangan di kabinet pada Mac tahun depan. 

"Sebelum itu kita akan tubuhkan Majlis Penetapan Gaji Kebangsaan dan sebelum majlis itu ditubuh satu akta akan digubal dan dibentang dalam sesi parlimen akan datang.

"Setelah majlis itu dibentuk, ia akan diberi tanggungjawab untuk tentukan cara mana nak tetapkan gaji minimum itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-3 Universiti AIMST, di sini, hari ini. 

Subramaniam berkata, penetapan gaji berkenaan akan berdasarkan kepada sama ada di peringkat kebangsaan, wilayah atau sektor. 

Katanya, kemungkinan semua kaedah itu akan digunakan tetapi ia mesti sesuai dengan keadaan dalam negara selaras dengan pembangunan ekonomi, kebolehan untuk wujudkan peluang pekerjaan dan tidak menjejas keupayaan negara untuk menarik
pelabur asing.

KALAU LEPAS TU SINGA TU NGAPPP BARU LAH ADA UNSUR BERITA

Lelaki tunggang singa jantan


GAMBAR menunjukkan Kevin Richardson menunggang seekor singa di taman Dunia Singa Putih di Broederstroom, dekat Johannesburg, Afrika Selatan.


BROEDERSTROOM - Berdepan dengan seekor singa jantan dewasa memang perbuatan bodoh manakala menunggang belakangnya ibarat sengaja membunuh diri, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, bagi seorang penjinak singa di Afrika Selatan, Kevin Richardson, aksinya cukup selamat dan dia gemar melakukan kegiatan tersebut.
Menggelarkan dirinya sebagai 'duta singa' Richardson, 34, mendakwa bahawa dia boleh tidur sekali gus bermalam bersama haiwan itu.
Lelaki itu menguruskan sebuah taman pemuliharaan haiwan yang dikenali sebagai taman Dunia Singa Putih di sini dan dia turut memelihara beberapa ekor cheetah, harimau bintang serta dubuk.
Dia menjadi kawan rapat haiwan-haiwan itu dengan bercakap dan melayan dengan penuh kasih sayang. - Agensi

KEGILAAN BARU APA PULAK NI?

Nenek kena belasah 

SEREMBAN - Seorang wanita warga emas cedera selepas dibelasah sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali di sebuah rumah kosong sekitar Jalan Haji Abdul Hamid di Temiang, dekat sini, malam kelmarin. 

Mangsa, Wong, 62, yang masih trauma dan lemah akibat kejadian itu mengalami bengkak dan lebam di muka serta kepala. 

Suami mangsa hanya dikenali sebagai Chin, 63, berkata, sebelum kejadian, isterinya memberi makanan kepada beberapa ekor kucing liar di depan pintu pagar rumah tinggal berkenaan. 

“Kira-kira jam 9 malam, tiba-tiba muncul tiga lelaki meluru ke arah isteri saya sebelum menumbuknya bertubi-tubi. 

“Tidak cukup dengan itu, mereka mengheret Wong pada jarak kira-kira 10 meter dan membawanya masuk ke dalam rumah kosong berhampiran,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. 

Menurutnya, ketiga-tiga suspek terus memukul wanita malang itu selama kira-kira 15 minit sebelum meninggalkannya begitu sahaja di rumah kosong terbabit.

"Saya mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila isteri tidak pulang ke rumah seperti biasa.

"Saya segera bergegas ke tempat Wong memberi makanan kepada kucing tetapi dia tiada di sana dan dengan bantuan jiran, isteri saya akhirnya ditemui mengerang kesakitan di rumah kosong itu,” katanya.

Chin berkata, Wong seterusnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Kejadian menimpa isteri saya adalah yang pertama berlaku di kawasan ini sejak kami berpindah ke sini 17 tahun lalu.

"Sebelum ini, jiran kami seorang wanita berumur sekitar 50-an nyaris menerima nasib serupa apabila dihampiri sekumpu lan lelaki tidak dikenali berhampiran rumahnya, kira-kira jam 4 petang hari yang sama," katanya.

Bagaimanapun menurutnya, wanita terbabit berjaya melarikan diri.

"Jika tidak, mungkin dia juga teruk dibelasah seperti isteri saya,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Chin membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2, malam kelmarin.

Sementara itu, Ahli Dewan Unda ngan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai yang melawat mangsa berkata, tiga suspek terbabit tidak berhati perut kerana tergamak melakukan kekasaran terhadap wanita warga emas yang lemah.

"Saya berharap pihak polis segera mencari suspek yang terlibat dan meningkatkan rondaan agar keselamatan penduduk di sini terjamin,” katanya.

TAHNIAH KONSENSUS BEBAS. Ini baru namanya Ahli Parlimen

Belanjawan 2011 dari kaca mata Konsensus Bebas

Oct 15, 2010 09:24:16 pm


Konsensus Bebas mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Tun Razak atas pembentangan Belanjawan 2011 pada hari ini.  Konsensus Bebas memandang ke hadapan dengan melihat Belanjawan 2011 secara positif sebagai satu belanjawan yang selari dengan Pelan Tranformasi Ekonomi, dalam usaha kerajaan membangunkan negara untuk mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi.

Konsensus Bebas menyambut baik keprihatinan kerajaan terhadap golongan muda dalam belanjawan kali ini.  Kemudahan untuk memiliki rumah pertama, dengan kerajaan menjaminkan 10% wang pendahuluan bagi rumah berharga di bawah RM220,000 membolehkan golongan muda mendapat pinjaman 100% untuk membeli rumah.  Di samping itu, golongan muda akan mendapat manfaat terbanyak dengan penubuhan Talent Corp, 1Malaysia Training Programme, The Academic Medical Centre, sebuah usahasama dengan institusi perubatan ulung iaitu John Hopkins Medical International serta Royal College of Surgeons, Ireland dan International Islamic University Teaching Hospital di Kuantan.

Konsensus Bebas juga menyambut baik pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas perkakasan jalur lebar (broadband equipment) dan telefon bimbit sehingga 2012 dalam usaha meningkatkan kadar capaian dan penembusan internet di Malaysia.
Peruntukan untuk program Multimedia Development Corridor sebanyak RM119 juta untuk menghasilkan "ekonomi digital" yang inovatif juga disambut baik.  Konsensus Bebas berharap peruntukan ini akan digunakan untuk membangunkan satu ekonomi mampan, didokong oleh "knowledge workers" tempatan yang dihasilkan oleh universiti tempatan.

Terima kasih juga di atas fokus yang diberikan kepada pembangunan di Sabah dan Sarawak yang berjumlah hampir RM5 billion, meliputi penaiktarafan jalan serta memastikan bekalan air dan elektrik sampai kepada penduduk Sabah dan Sarawak.

Konsensus Bebas juga menghargai tindakan kerajaan dalam membekukan kenaikan kadar tol lebuhraya PLUS untuk tempoh lima tahun yang akan datang.  Konsensus Bebas berharap tindakan ini juga boleh dipanjangkan kepada pengusaha tol selain daripada PLUS.

Namun begitu, Konsensus Bebas berharap kerajaan dapat memberi perhatian dan penjelasan, serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara-perkara berikut:

1. Bantuan dan penambahbaikan sekolah-sekolah kebangsaan di luar bandar dalam konteks pembangunan sumber manusia bagi menyokong ETP tidak disebut dengan jelas dalam belanjawan kali ini.

2. Keperluan untuk membina satu bangunan pencakar langit 100-tingkat berhampiran Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak berapa jelas justifikasinya.  Kawasan Lembah Klang kini mempunyai bekalan ruang pejabat dan kediaman yang berlebihan.  Masalah ini dijangka akan berterusan sehingga menyebabkan letusan gelembung hartanah (property bubble burst) menjelang pertengahan 2011.

3. Pihak kerajaan atau EPF perlu memberi justifikasi kenapa wang simpanan rakyat dianggap sesuai untuk digunakan bagi projek pembangunan tanah kepunyaan Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh yang akan dibiayai oleh EPF sebanyak RM10 billion untuk tempoh 15 tahun.

4. Pihak EPF akan meningkatkan pelaburan luar negara dari 7% ke 20% dari jumlah aset yang diuruskan. Konsensus Bebas melihat ini sebagai satu risiko yang melibatkan wang rakyat diguna untuk membangunkan ekonomi luar sedangkan ekonomi negara lebih memerlukan sebarang bentuk pelaburan.

5. Konsensus Bebas tidak menolak kebaikan "private-public partnership".  Bagaimanapun kerajaan mestilah berhati-hati melaksanakan projek yang memakan belanja besar.  Sungguhpun projek-projek ini dikatakan akan ditanggung oleh sektor swasta, Konsensus Bebas berharap kesilapan dan pengajaran dari projek infrastruktur pengangkutan yang lepas seperti LRT, monorail dan ERL yang tidak berkesan dalam mengurangkan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur digunakan sebagai panduan oleh pihak kerajaan dalam memberi kelulusan.

Di samping itu, meskipun projek ini akan dibiayai dan dilaksanakan oleh syarikat swasta, ketelusan tidak boleh diabaikan.  Konsensus Bebas berharap projek-projek besar seperti MRT akan diberi melalui sistem tender terbuka dan projek-projek ditawarkan kepada syarikat yang mengutamakan kepentingan dan keselamatan rakyat (the interests and safety of the rakyat).

Konsensus Bebas berharap Belanjawan 2011 akan dilaksanakan dengan cekap dan mencapai hasrat yang diinginkan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

*Kenyataan media oleh Konsensus Bebas, yang terdiri daripada Zahrain Mohamed Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru), Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal), Zulkifli bin Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai).

Friday, October 15, 2010

LAMA LAGI LAAA TAIB MAHMUD NAMPAKNYA....

Rosmah Ketuai Senarai 863 Penerima Darjah Kebesaran Sarawak
KUCHING: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengetuai senarai 863 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Sarawak sempena sambutan ulang tahun ke-89 Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Sabtu.
Beliau merupakan penerima tunggal darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran "Datuk Amar".
Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Nasir Tun Sakaran merupakan antara empat penerima Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS), yang membawa gelaran "Datuk Seri".
Tiga lagi penerima PNBS ialah Panglima Tentera Udara Tan Sri Azizan Ariffin, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam.
Lima penerima dianugerah darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK), yang membawa gelaran "Datuk".
Mereka ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Md. Yahaya Basimin, Komander Satu Divisyen Mejar Jeneral Datuk Awie Suboh, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Dr Khairuddin Abdul Hamid dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian negeri Dr Abang Rauf Abang Zen.
Tujuh penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran "Datu". Mereka ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak ChaitiBolhassan, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian negeri Dr Ngenang Janggu, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan dan Warisan negeri Ik PahonJoyik dan Setiausaha Kewangan Negeri Junaidi Reduan.
Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Mustapa Han, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak Dr Sulaiman Husain dan bekas pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Andrew Kiyu Dawie.
Enam penerima Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran "Dato" iaitu anggota Badan Amal Tenaga Isteri-isteri Sarawak (Sabati) Datin LeeSoon Ngo @ Lee Gek Hong, pemimpin masyarakat Temenggong James Jimbun Pungga,Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad Mior Ahmad Baiti Mior LubAhmad, ahli perniagaan Wee Hong Seng, Presiden Persatuan Tenis Sarawak Liew ChinJoon dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Information Information System Sdn Bhd(Sains) Teo Tien Hiong.
Tiga penerima Johan Bintang Sarawak (JBS) ialah Ketua Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak Akbar Ibrahim, Setiausaha Eksekutif Parti Rakyat Sarawak (PRS) Henry Opang Luhat dan Anggota Dewan Undagan Negeri Pujut Andy Chua Chu Fatt.
Sebanyak 12 individu menerima Johan Bintang Kenyalang (JBK). - BERNAMA

HARAP TAK JADIKAN SATU LAGI KOCEK UNTUK DI KARUK.....

Dana Pencen Swasta Pelbagai Dan Pertingkat Simpanan Persaraan, Kata KWSP
KUALA LUMPUR: Pembentukan Dana Pencen Swasta (PPF) akan membantu mempelbagai dan meningkatkan simpanan persaraan, terutamanya bagi pekerja sektor swasta dan yang bekerja sendiri, demikian menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). "Penubuhan PPF (di bawah Bajet 2011) dijangka menyokong KWSP dalam meningkatkan sumber-sumber bagi simpanan persaraan," kata Ketua Pakar Ekonomi KWSP, Norasikin Abdul Hamid, dalam satu kenyataan Jumaat.
Pada masa ini, jentera simpanan pencen utama di Malaysia bagi pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri ialah KWSP.
"KWSP menunggu-nunggu pengumuman selanjutnya oleh kerajaan berhubung perincian cadangan penubuhan, mekanisma, mandat pelaburan dan insentif-insentifselanjutnya bagi menyokong penubuhan PPF," kata Norasikin.
Beliau berkata KWSP juga menyambut baik pengumuman oleh kerajaan untuk menambah pelaburannya di luar negara kepada 20 peratus daripada tujuh peratus sebelumnya.
Ini akan membantu KWSP mengurangkan risiko penumpuan pasaran selain mempelbagai instrumen dan pendapatan pelaburannya, kata beliau.
Pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh oleh KWSP dijangka merancakkan ekonomi dan sektor pembinaan khususnya, kata Norasikin.
"KWSP percaya keputusan kerajaan memilihnya untuk menyertai usaha sama dengan kerajaan persekutuan bagi pembangunan tanah itu telah dipertimbang dan dibincangkan dengan teliti, memandangkan kedudukan kewangan KWSP yang kukuh," katanya.
"Langkah ini sejajar dengan cita-cita kerajaan untuk menggalakkan perkongsian awam-swasta agar beban kewangan dapat dikurangkan." - BERNAMA

ADA MANA MANA DOKTOR BOLEH SAHKAN INI?


Sodomised many times: That is good news for Anwar

E-mailPrint
From Pakac Luteb, via e-mail  
Recently Saiful testified he was repeatedly sodomised by Anwar Ibrahim without a condom, multiple times and over a period of months. That is good news for Anwar Ibrahim. Yes, you read correctly! I did intend to say it is good news. It is such good news i rushed out of my office and am now in Starbucks writing this letter and sipping my latte.

How can such a thing possibly be good news for Anwar Ibrahim? Let's take a closer look, a very close look.

If what Saiful testified is true, Anwar's semen and sperm would have been released inside Saiful's anus and rectum multiple times over a period of months. The rectum is lined with thin tissue referred to as 'mucous membrane'. Micro-organisms can readily interact with the immune system at that thin tissue. For example, that's what makes anal sex a particularly efficient way of transmitting HIV. With regards to semen and sperm in the rectum, what happens?

The immune system of the owner of that rectum detects the proteins of the semen and sperm as 'foreign', meaning not from the rectum's owner. The immune system regards the 'foreign' proteins as invaders that must be destroyed. To attack and destroy the proteins ('antigens') the immune system produces antibodies. That antibody production takes time. Multiple doses of antigen also helps trigger antibody production. Those facts are why some vaccines are given in a number of doses over a period of time.

Multiple instances over a period of months of Anwar's semen and sperm entering Saiful's anus and rectum is perfect for provoking Saiful's immune system to produce antibodies against Anwar's semen and sperm. Saiful's blood could be tested for such antibodies. However Saiful's blood needs to be tested NOW, not later! That is to avoid giving time for Saiful to be inoculated with Anwar's semen and sperm to provoke antibody production to match Saiful's testimony. Proteins and antibodies to them are specific, they fit each other like a key fits a lock. If Saiful has antibodies to Anwar's semen and sperm there will be no mistaking it.

Conversely, if there are no such antibodies in Saiful NOW, it unmistakably means Anwar's semen and sperm was NOT in Saiful's anus and rectum on multiple occasions over a period of time. Another aspect of anal sex without condom is that bacteria from the anus and rectum can enter the urethra of the insertive partner. The bacteria can travel to the prostate gland of the insertive partner. The prostate gland unfortunately is something of a safe haven for bacteria, the immune system and antibiotics have a difficult time reaching bacteria inside the prostate gland.

One effect on the prostate gland is it swells. That swelling tends to restrict the urethra and neck of the bladder and make urination difficult, especially it's difficult to begin urination or technically micturition. Guys, now when the guy at the urinal next to you struggles to start his stream of urine flowing you can guess what he has been doing. Now what really bugs some men with that condition is that maybe 10 minutes after they finally manage to urinate they feel urgency to urinate again.

Guys, if you're going to bonk anally please use condom with lots of lube, it will save you lots of grief. Because those bacteria can remain in the prostate gland of the insertive partner they might be detectable. That's another aspect that could be looked into, although possibly a match of bacteria may have less certainty, meaning be less specific, than an antigen to antibody match. Well, now it's time for me to pack up and leave Starbucks.

Well, not quite yet, I have to go urinate, because of the caffeine, not because of how I bonk.

Seriously.

MENTERI KEWANGAN UTAMA? Nak Pastikan Tak Salah Beg Kot.

Tumpu isu kerja, dasar gaji

NAJIB Tun Razak memasukkan Laporan Bajet 2011 ke dalam beg ketika meninjau persiapan akhir menjelang pembentangan bajet sambil diperhatikan Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) di Putrajaya, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 14 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu pekerjaan dan gesaan supaya kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum merupakan topik yang paling mendapat perhatian rakyat untuk dipertimbangkan sempena pembentangan Bajet 2011, esok.
Menurut Perdana Menteri, ia berdasarkan ribuan komen yang disampaikan rakyat negara ini selepas beliau mengajak orang ramai memberi input serta pandangan di blognya,http://www.1malaysia.com.my, sejak dua minggu lalu.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi pandangan, beliau memberi jaminan akan melaksanakan mana-mana idea yang berdaya maju, sama ada diserapkan dalam bajet atau dalam program pembangunan kerajaan yang lain.
"Daripada pelbagai isu yang diketengahkan, saya dapati bidang pekerjaan menjadi topik paling kerap diperkatakan dan terdapat juga gesaan oleh orang ramai supaya kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum.
"Manakala, aspek kedua yang banyak dibangkitkan adalah cukai dan subsidi. Golongan muda mencadangkan supaya lebih banyak rebat cukai diberi kepada keluarga muda di samping bantuan kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi," katanya dalam blognya, hari ini.
Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, turut menjadi tumpuan orang ramai adalah isu pendidikan apabila terdapat kebimbangan di kalangan rakyat mengenai mutu serta kos pendidikan yang semakin meningkat.
Tambah beliau, pada masa sama terdapat juga komen yang meminta peruntukan lebih bagi menaik taraf perkhidmatan Internet dan jalur lebar di seluruh negara selain beberapa cadangan untuk mengatasi masalah yang khusus bagi Sabah dan Sarawak.
Bagi permintaan lain pula katanya, orang ramai mahu tambahan insentif serta program untuk golongan kurang bernasib baik, mengawal harga barang dan meningkatkan pembangunan luar bandar bagi membolehkan golongan belia menikmati peluang perniagaan.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, tidak ketinggalan rakyat turut mahu insentif diberi bagi memajukan teknologi hijau, tambahan peruntukan untuk keselamatan negara dan program bagi membendung kemasukan pendatang tanpa izin serta banyak lagi.
"Saya sudah membaca semua komen ini, sebahagian besar daripadanya sudah dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan untuk dikaji kemungkinan dimasukkan dalam bajet kali ini atau dalam program kerajaan yang lain.
"Saya dan para pegawai telah mengkaji semua idea ini dan akan menimbang untuk melaksanakan mana-mana yang berdaya maju. Anda yang menyumbang komen akan dapat mengenal pasti cetusan daripada idea tersebut dalam pembentangan bajet nanti," jelasnya.

LEPAS LIMA TAHUN? Mungkin masa tu UMNO lak DEMO tol naik

BAJET 2011: Kadar Empat Tol PLUS Tidak Dinaikkan Dalam Tempoh Lima Tahun
KUALA LUMPUR: Bagi meringankan beban pengguna lebuh raya, kerajaan mengumumkan kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2011 di Parlimen hari ini, berkata langkah itu adalah kerana kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat.
Bagi memperluas perkhidmatan kesihatan awam, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata sebanyak RM15.2 bilion diperuntukkan bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat serta mendapatkan bekalan ubat serta peralatan perubatan.
Beliau berkata sejak tahun lepas, sejumlah 51 Klinik 1Malaysia sudah beroperasi dan kerajaan akan menambah lagi sebanyak 25 buah klinik berkenaan.
"Kerajaan komited untuk memastikan akses kepada kesihatan berkualiti dapat dinikmati oleh segenap lapisan rakyat," katanya. - BERNAMA

HARAP KHUTBAH YANG SAMA DIBACA DI JASIN.

Sedikit petikan KHUTBAH JUMAAT hari ini. Baca keseluruhannya di laman sesawang JAIS di sini.




Menurut data Jabatan Pendaftaran Negara bahawa anak luar nikah melayu/Islam yang didaftarkan pada tahun 2007 seramai 16,100, pada tahun 2008, 16,541 dan pada tahun 2009, 17,303. Dalam tempoh 5 tahun, dari tahun 2005 hingga tahun 2009 telah mencatatkan 74,723 pendaftran anak luar nikah melayu/Islam. Masya Allah, ini benar-benar memalukan dan jumlah yang amat mengerikan bagi umat Islam.


Sebahagian petikan KHUTBAH yang lainnya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. dan melaksanakan segala perintah-Nya dengan penuh kesabaran. Mudah-mudahan dengan bersabar, berusaha keras dan bertaqwa kepada-Nya akan mendapat balasan yang baik di dunia dan di akhirat nanti.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
Zina adalah perbuatan yang paling terkutuk dan salah satu daripada tujuh dosa-dosa besar di sisi Islam. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang dosa perbuatan zina yang terkutuk dan jijik itu, antaranya firma Allah S.W.T. di dalam surah Al-Furqan ayat 68-69;
"Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab
itu dengan menerima kehinaan".

Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang dilakukan tanpa akad pernikahan yang sah. Ini termasuklah juga kegiatankegiatan pelacuran dan hubungan seksual yang terkutuk. Zina merupakan perbuatan mungkar dan tidak berakhlak, bahkan mendatangkan akibat yang sangat buruk kepada pelaku dan masyarakat. 

Ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32;“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”.

ANDA ADA DAPAT SMS?

Mungkin ada diantara anda mendapat SMS dari UMNO Selangor.
Soalannya - Adakah anda bersetuju Selangor diserahkan kembali kepada BN?

Jawapan anda adalah :
a : Setuju
b : Tidak setuju.
c : Tak pasti.

Jawapan paling baik? A : SETUJU..... Undi nanti cerita lain.

Sebab itu agaknya UMNO Selangor rasa ramai dah mula sokong BN kembali untuk merampas Selangor.

KENA KENCING - WA KA KA KA KA KA

MACAM TAKUT KALAH PUNYA STRATEGI JER....

Pilihan Raya Kecil Batu Sapi dan Galas Diadakan Serentak
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah manakala 26 Oktober sebagai hari penamaan calon, tarikh tersebut sama dengan pilihan raya kecil N.45 Dewan Undangan Negeri, Galas.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkannya di Ibu Pejabat SPR pada, Jumaat.
Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Barisan Nasional (BN) pada Sabtu lalu kerana terbabit dalam kemalangan motosikal. -BERNAMA

PERLUKAH KENYATAAN INI? PATUT KARPAL SUH kensel

Kalau pakai KONDOM takde air mani kat dalam, kalau tak pakai ada air mani kat dalam..... takyah cerita pun boleh tahu..... apa kes? Ini bukan saja hina mahkamah TAPI hina mentaliti semua orang termasuk hakim la... patutlah Karpal suruh keluarkan kenyataan saksi ni....

Saiful dakwa diliwat tanpa kondom

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Seorang pakar patologi forensik hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan memaklumkan dia telah diliwat oleh seorang individu berprofil tinggi dan dikenali ramai dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan dengan kali terakhir pada 26 Jun 2008.
Dr. Siew Sheue Feng, 40, dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga memberitahu, dalam kejadian liwat itu, tiada kondom digunakan tetapi ada bahan pelincir digunakan.
''Saya tanya sama ada berlaku sebarang penetrasi dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada berlaku ejakulasi dan dia jawab ya. Saya tanya sama ada sebarang paksaan digunakan dan dia jawab tiada,'' katanya.
Beliau berkata demikian selaku saksi pendakwa ketiga ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.Perbicaraan masuk hari ke-23 hari ini.
Sheue Feng turut memaklumkan jumlah kejadian liwat berlaku dalam tempoh dua bulan itu seperti yang diberitahu oleh pengadu kepadanya tetapi keterangan tersebut telah dikeluarkan daripada nota prosiding selepas dibantah oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh.
Saksi itu berkata, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu perkara tersebut sewaktu pemeriksaan dijalankan ke atasnya di bilik Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), HKL pada 9.30 malam, 28 Jun 2008.
Menurutnya, pemeriksaan tersebut dilakukan olehnya bersama-sama Pakar Bedah Am, Dr. Mohd. Razali Ibrahim dan Pakar Unit Kecemasan HKL ketika itu, Dr. Khairul Nizam Hassan.
Kata beliau, sebelum pemeriksaan dimulakan, mereka bertiga telah berbincang tentang pembahagian tugas masing-masing selepas diberi taklimat ringkas oleh seorang pegawai polis yang bertugas.
Menurutnya, Khairul Nizam ditugaskan untuk memeriksa kecederaan di badan pengadu manakala Mohd. Razali mengendalikan pemeriksaan di bahagian dubur dan beliau pula berperanan mengendalikan pemeriksaan forensik.
Kata saksi tersebut, sebelum pemeriksaan dijalankan, mereka telah mendapatkan kebenaran daripada Mohd. Saiful Bukhari untuk membuat pemeriksaan dan mengambil gambar badan serta bahagian sulitnya selain mengumpulkan spesimen daripada badan dan bahagian tersebut.
Sheue Feng memberitahu, Khairul Nizam dengan menggunakan calitan kapas kemudian mengambil spesimen di beberapa bahagian badan pengadu termasuk di bawah lidah dan puting manakala Mohd. Razali mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Mohd. Saiful Bukhari.
Menurut beliau, kesemua sampel yang diterimanya kemudian dimasukkan ke dalam bekas plastik yang telah dinyah kuman sebelum dilabel dan dimeterai selain ditandatangani olehnya dan Mohd. Saiful Bukhari.
Menurutnya lagi, spesimen-spesimen tersebut kemudian diserahkan kepada pegawai polis, Deputi Supritendan (DSP) Judy Blacious Pereira pada pukul 12.25 tengah malam, 29 Jun 2008 untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Berdasarkan laporan perubatan yang dibuat secara bersama oleh ketiga-tiga doktor itu, beliau berkata, mereka membuat kesimpulan bahawa siasatan awal menunjukkan tiada berlakunya penetrasi di dubur dan tiada kesan-kesan kecederaan di badan pengadu.
Mereka juga merumuskan bahawa terdapat kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) lelaki pada empat calitan kapas terhadap spesimen yang diambil daripada pengadu.
Bagaimanapun, jelas Sheue Feng, kesimpulan awal itu dibuat kerana mereka tidak boleh membuat interpretasi tanpa mengetahui kedudukan spesimen-spesimen yang diambil seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia.
Selepas ditunjukkan oleh Nordin laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani di sekitar dubur, saksi itu memutuskan bahawa berlakunya penetrasi seksual.
NORDIN: Dengan mengetahui kedudukan sampel dan kewujudan air mani daripada bahagian rektum atas, apa kesimpulan kamu?
SHEUE FENG: Terdapat bukti penetrasi, seksual penetrasi.
NORDIN: Boleh kamu membuat kesimpulan terdapat penetrasi pada dubur?
SHEUE FENG: Ya.
NORDIN: Dengan mengenal pasti kehadiran air mani dan sejarah kejadian, adakah ia konsisten dengan penetrasi dubur?
SHEUE FENG: Ya.
Sambil meminta saksi merujuk kepada laporan perubatan yang menyatakan tiada penetrasi berlaku disebabkan ketiadaan kecederaan klinikal, Nordin kemudian bertanya sama ada ini bermakna tidak ada langsung berlaku penetrasi.
''Tidak,'' jawab saksi berkenaan.
NORDIN: Bolehkan penetrasi berlaku tanpa menyebabkan sebarang kecederaan?
SHEUE FENG: Ya.
NORDIN: Dalam keadaan bagaimana ia boleh berlaku?
SHEUE FENG: Ia termasuk melengah-lengahkan pemeriksaan doktor, penggunaan bahan pelincir, semasa perbuatan itu tiada paksaan, tentangan; ini semua boleh menyebabkan kepada tiada penemuan klinikal berhubung kecederaan.

TAHNIAH MALAYSIA Pencapaian Terbaek. (AKAUN 98 APA CER?)

SEMANGAT dan kejayaan kontinjen negara mengutip 12 pingat emas, sekaligus melepasi sasaran awal 10 emas, daripada Sukan Komanwel di New Delhi, perlu diteruskan ke Sukan Asia di Guangzhou bulan depan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Berpuas hati dengan pencapaian itu, beliau berkata kejayaan membuat kutipan tertinggi dalam sejarah pembabitan negara di kejohanan sukan itu dalam pelbagai acara menunjukkan Malaysia kini tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis sukan sahaja.


“Sebelum ini, Malaysia mengharapkan pungutan emas daripada acara badminton, boling padang dan angkat berat tetapi di New Delhi, Malaysia dapat mengutip emas dalam acara berbasikal, gimrama dan skuasy,” katanya.



Kontinjen negara di New Delhi mengutip 12 pingat emas sejak temasya empat tahun sekali ini bermula pada 3 Oktober dan kutipan emas terbaik sejak Malaysia mula menyertai Sukan Komanwel Cardiff, England pada 1958.



Keseluruhanya, kontinjen negara mengutip 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa ketika tirai Sukan Komanwel mula dilabuhkan semalam.



Emas terakhir Malaysia disumbangkan oleh pasangan beregu nombor satu dunia, Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong.



Kutipan emas terbanyak Malaysia sebelum ini adalah pada edisi di Kuala Lumpur pada 1998 dengan 10 emas sementara bagi edisi di luar negara, kutipan terbaik ialah di Manchester 2002 dengan tujuh emas dan di Melbourne 2004, dengan jumlah emas yang sama.



Ahmad Shabery bagaimanapun agak terkilan dengan beberapa sukan seperti memanah dan boling padang yang gagal mengutip emas di New Delhi.



Ditanya adakah atlet negara mampu untuk meneruskan pencapaian cemerlang di Sukan Asia Gungzhou yang akan berlangsung dari 12 hingga 27 November ini, beliau berkata kontinjen negara mampu untuk mencapai sasaran sembilan emas.



“Ada sukan seperti badminton, yang menjadikan Sukan Komanwel sebagai medan pemanas badan sebelum ke Guangzhou memandangkan saingan bagi acara itu pada Sukan Asia lebih getir dengan kehadiran China, Indonesia dan Korea Selatan,” katanya.

ADA KE LETAK GAMBAR DPP CAMTU... nasib baik bukan. . . .

Pathmanabhan didakwa bunuh Sosilawati 
BANTING – Kawasan mahkamah dipenuhi orang ramai apabila peguam, N Pathmanabhan, dan tiga lagi didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, dekat sini, semalam, atas tuduhan membunuh jutawan, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. 

Selain peguam berumur 41 tahun itu, turut didakwa ialah T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20; dan R Kathavarayan, 30. 

Puluhan penduduk dan lebih 20 wakil media berkumpul di luar mahkamah ketika keempat-empat yang dituduh tiba di mahkamah dengan van polis pada jam 8.20 pagi dengan dikawal rapi polis dan dibawa masuk untuk mendengar pertuduhan pada jam 9 pagi. 

Mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38; peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos lalu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, di sini dan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

Pertuduhan terhadap Pathmanabhan dibacakan dalam Bahasa Malaysia, manakala tiga yang lain dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Hurman Hussain. 

Tiada pengakuan direkodkan, tetapi kesemua tertuduh mengangguk sebagai tanda faham pertuduhan terhadap mereka. 

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff (gambar) yang mengetuai barisan pendakwaan memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes bagi pihaknya mengemukakan dokumen yang berkaitan. 

Ishak mengendalikan pendakwaan kes bersama Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainudin dan Idham Abd Ghani.

RUNTUH? MAINTENANCE CUAI NI..... KE MEMANG CAP AYAM?

Kepala bayi ditimpa siling hospital


KEADAAN kepala Putri Nursofea Humaira yang bengkak didakwa akibat ditimpa serpihan siling Hospital Batu Gajah pada 25 September lalu.


IPOH – Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sulung bertukar pilu selepas bayi perempuan yang dilahirkan sihat pada 25 September lalu, didakwa ‘menderita’ akibat kecuaian dua buah hospital.
Bapa bayi terbabit, Sahmani Dolmat, 29, mendakwa sehari selepas isterinya, Nur Aisyah Ahmad Syukri, 21, melahirkan Putri Nursofea Humaira, kepala bayi itu ditimpa serpihan kecil siling di wad bersalin Hospital Batu Gajah yang tiba-tiba jatuh.
“Kejadian itu saya maklumkan kepada ketua jururawat namun tanpa pemeriksaan teliti dia memberitahu anak saya tidak mengalami apa-apa masalah,” katanya di sini semalam.
Sahmani mendakwa, sehingga isteri dan anaknya keluar dari hospital itu tiada rawatan diberikan kepada bayi tersebut.
Menurutnya, kepala bayi itu semakin membengkak selepas majlis mencukur jambul baru-baru ini dan dia telah membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan susulan.

Thursday, October 14, 2010

ISA DINASIHAT JANGAN PERGI

Kecuali nak cari satu lagi - puteri tu BEB, banyak pilihan pulak tu....


Kejadian misteri di Arus Deras Sedim 


SEDIM - Kawasan Taman Rekreasi Arus Deras Sedim yang mengakibatkan enam maut sepanjang 2005 dikatakan berpuaka oleh sesetengah penduduk berhampiran kerana ada dalam kalangan mereka ternampak lembaga dan bunyi misteri hampir setiap malam. 

Kelmarin, mayat seorang lelaki berusia 27, Mohd Eizzat Abd Halim ditemui di celah batu kira-kira jam 6.40 petang setelah hampir empat hari operasi mencari mayatnya gagal. 

Penduduk Kampung Ulu Riau, Kamarudin Hussein berkata, sebelum mangsa hanyut, temannya yang turut memancing di sekitar kawasan di mana mayat mangsa ditemui terdengar bunyi misteri. 

“Sebelum mangsa, Mohd Eizzat Abd Halim ditemui mati lemas, rakan saya ada memancing di sekitar kawasan lubuk itu dan dia terdengar bunyi batu seakan berlaga dengan kuat. Berikutan itu kawan saya meninggalkan lubuk berkenaan. 

" Selain itu, saya juga pernah berjumpa dengan wanita sedang mandi di kawasan lubuk di sekitar kawasan ini. Selalunya kejadian misteri berlaku di sekitar jam 5.30 petang sehingga lewat malam,” katanya. 

Sementara itu, Aziz Ibrahim dari Kampung Sungai Buluh berkata, dia pernah terjumpa dengan beberapa pasangan yang sedang mandi di sekitar kawasan lubuk. Tiba-tiba salah seorang daripada pasangan itu mula menunjukkan reaksi aneh dan penduduk kampung terpaksa memanggil bomoh untuk memulihkan pasangan terbabit. 

Selain itu, peristiwa di mana seorang pelajar yang sudah mandi dan kemudiannya naik ke tebing, secara tiba-tiba terjun semula ke dalam air seakan-akan dipanggil oleh seseorang. Bagaimanapun mangsa berjaya diselamatkan apabila tangannya ditarik penduduk kampung. 

“Banyak perkara misteri yang berlaku di sekitar Sedim. Saya pernah memancing di Lubuk Kawah kira-kira jam 11 malam dan ternampak seperti kain putih hanyut dan tiba-tiba lampu yang kami bawa padam. Selain itu, ada juga pelajar yang datang dari luar memancing di lubuk itu dan ternampak rambut panjang timbul dari air. 

"Saya tidak menafikan, memang berlaku kejadian misteri di sini, dan kebanyakan mereka yang terkena terdiri dari orang luar dari kawasan ini,” katanya. 

Penguat kuasa Agama Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Zainol Chin berkata, beliau pernah memulihkan semangat remaja perempuan yang dirasuk berhampiran kawasan lubuk Siku. 

Menurutnya, remaja itu seakan berbual dengan seseorang tetapi tidak dapat dilihat. Beliau yang curiga dengan perlakuan remaja itu mendekatinya dan bertanya dengan siapa dia sedang bercakap dan bersalam. Setelah dimandikan di tepi lubuk itu, tiba-tiba mangsa melambai tangan ke arah seberang sungai lalu pengsan. 

“Ketika itu saya bersama beberapa petugas lain ditugaskan untuk menjaga beberapa kumpulan remaja yang datang untuk berkhemah di sekitar kawasan arus deras. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berjalan dengan cepat ke arah air. Apabila saya tanya dia bercakap dengan siapa, mangsa berkata, ada sekumpulan puteri menantinya di seberang sungai dan sebelum itu dia sudah dijamu dengan buah-buahan di ladang yang luas,” katanya.

Cerita Dolu Dolu