Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 13, 2010

SEBAB TU LALUAN NI 90km/Jam.

Laluan dari Simpang Ampat, Alor Gajah hingga ke Air Keroh juga lurus, tidak berolang aling dan tiada banyak beza jika kita lihat dengan laluan ke Utara contohnya laluan Slim River Sungkai tetapi kawasan ini hadlaju adalah 90km/jam bukannya 110km/jam. Saya pernah dengar lama dah dulu, mungkin gangguan-gangguan yang tidak dikenalpasti punca kenapa kawasan ini hadlajunya dikurangkan. Tapi ramai yang tidak endahkan.... cuma kemudian marah sebab dapat saman ekor dari kawasan ini...."Appa...daaa.... highway lurus pun 90km ker...?". Takde sapa nak masukkan dalam botol?

Ada kelibat wanita kendong anak



PEMANDU bas mendakwa pernah ternampak kelibat wanita mengendong anak dekat plaza tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.




KUALA LUMPUR - Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.
Tinjauan Kosmo! mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.
Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.
Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.
Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.
"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.
"Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

2 comments:

Isa said...

ek..eklehhh.... macam2 cite tahyol dah keluar....

mahaza said...

stended ler... melayu.... bukan dia nak kira bas bawak laju ke idak, atau kenapa kewajipan pasang speed limit device yang diwartakan oleh JPJ dari 201 satu tak buat-buat lagi. GPS system pun dah murah dah.....

Cerita Dolu Dolu