Memang semua orang menunggu keadaan dan bagaimana kesudahan kes ini tetapi perlu beri lebih banyak masa untuk memastikan terutamanya Forensik serta Jabatan Kimia melaksanakan kerja mereka dengan teliti dan betul. Kita tidak mahu kerja serkap jarang yang berakhir dengan pihak yang bersalah terlepas akibat sebab sebab teknikal. DNA memerlukan lebih masa untuk mendapatkan keputusan yang jitu. Janganlah ikut cerita CSI. Saya suka merujuk beberapa kes dadah yang terlepas akibat perkara kecil contohnya laporan polis menulis kes rampasan dadah sebanyak 2 kilogram (mungkin laporan tersebut terlupa tulis LEBIHKURANG tetapi sesudah menolak hampas dan sampah, berat sebenar menjadi sekitar 1.5kg sahaja (kes gantung jugak kalau ikut)m tapi terlepas dari 39B sebab ada keraguan. Atau kes warna - laporan polis menulis bahan rampasan disyaki dadah berwarna putih TETAPI laporan jabatan kimia melaporkan sebagai warna pink - pun pernah terlepas juga. JADI saya rasa harus bersabar dan perlu beri Polis masa memastikan penjenayah dibawa ke mahkamah dengan kes DAN tidak boleh diikat jamin sehingga dibicarakan. Kita harus setuju kes ini tidak perlu dipolitikkan atau orang politik masuk campur.
|
Remaja mengaku tak bersalah tikam ibu saudara
4 minutes ago
No comments:
Post a Comment