Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 11, 2010

SAPA YANG AJAR BAB NI?

“Kaum Cina bukan pendatang” 
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya adalah warga setia negara ini. 

Perdana Menteri itu berkata, kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis. 

“Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang. 

“Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-57 di Wisma MCA di sini. 

Beliau berkata, dengan melihat ke depan, semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan perlu bekerjasama bagi menyumbang ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara progresif. 

Katanya, semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh orang-orang tua dahulu perlu diteruskan agar Malaysia akan terus bertambah kukuh dan dapat bersaing di arena global. 

“Impian saya agar Malaysia menjadi negara maju abad 21 yang benar-benar berkelas tinggi. Bukan negara sederhana kelas kedua tetapi menjadi antara negara maju yang terbaik di dunia,” katanya. 

Najib berkata, kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat. 

“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam Pilihan Raya Umum ke-13. 

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha mentransformasikan Malaysia,” katanya. - Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu