Sedikit petikan KHUTBAH JUMAAT hari ini. Baca keseluruhannya di laman sesawang JAIS di sini.
Menurut data Jabatan Pendaftaran Negara bahawa anak luar nikah melayu/Islam yang didaftarkan pada tahun 2007 seramai 16,100, pada tahun 2008, 16,541 dan pada tahun 2009, 17,303. Dalam tempoh 5 tahun, dari tahun 2005 hingga tahun 2009 telah mencatatkan 74,723 pendaftran anak luar nikah melayu/Islam. Masya Allah, ini benar-benar memalukan dan jumlah yang amat mengerikan bagi umat Islam.
Sebahagian petikan KHUTBAH yang lainnya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. dan melaksanakan segala perintah-Nya dengan penuh kesabaran. Mudah-mudahan dengan bersabar, berusaha keras dan bertaqwa kepada-Nya akan mendapat balasan yang baik di dunia dan di akhirat nanti.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
Zina adalah perbuatan yang paling terkutuk dan salah satu daripada tujuh dosa-dosa besar di sisi Islam. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang dosa perbuatan zina yang terkutuk dan jijik itu, antaranya firma Allah S.W.T. di dalam surah Al-Furqan ayat 68-69;
"Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab
itu dengan menerima kehinaan".
Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang dilakukan tanpa akad pernikahan yang sah. Ini termasuklah juga kegiatankegiatan pelacuran dan hubungan seksual yang terkutuk. Zina merupakan perbuatan mungkar dan tidak berakhlak, bahkan mendatangkan akibat yang sangat buruk kepada pelaku dan masyarakat.
Ini telah dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32;“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”.
No comments:
Post a Comment