Belanjawan 2011 dari kaca mata Konsensus Bebas
![]() Konsensus Bebas mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Tun Razak atas pembentangan Belanjawan 2011 pada hari ini. Konsensus Bebas memandang ke hadapan dengan melihat Belanjawan 2011 secara positif sebagai satu belanjawan yang selari dengan Pelan Tranformasi Ekonomi, dalam usaha kerajaan membangunkan negara untuk mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi. ![]() Konsensus Bebas juga menyambut baik pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas perkakasan jalur lebar (broadband equipment) dan telefon bimbit sehingga 2012 dalam usaha meningkatkan kadar capaian dan penembusan internet di Malaysia. ![]() Terima kasih juga di atas fokus yang diberikan kepada pembangunan di Sabah dan Sarawak yang berjumlah hampir RM5 billion, meliputi penaiktarafan jalan serta memastikan bekalan air dan elektrik sampai kepada penduduk Sabah dan Sarawak. Konsensus Bebas juga menghargai tindakan kerajaan dalam membekukan kenaikan kadar tol lebuhraya PLUS untuk tempoh lima tahun yang akan datang. Konsensus Bebas berharap tindakan ini juga boleh dipanjangkan kepada pengusaha tol selain daripada PLUS. Namun begitu, Konsensus Bebas berharap kerajaan dapat memberi perhatian dan penjelasan, serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara-perkara berikut: 2. Keperluan untuk membina satu bangunan pencakar langit 100-tingkat berhampiran Stadium Merdeka dan Stadium Negara tidak berapa jelas justifikasinya. Kawasan Lembah Klang kini mempunyai bekalan ruang pejabat dan kediaman yang berlebihan. Masalah ini dijangka akan berterusan sehingga menyebabkan letusan gelembung hartanah (property bubble burst) menjelang pertengahan 2011. 3. Pihak kerajaan atau EPF perlu memberi justifikasi kenapa wang simpanan rakyat dianggap sesuai untuk digunakan bagi projek pembangunan tanah kepunyaan Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh yang akan dibiayai oleh EPF sebanyak RM10 billion untuk tempoh 15 tahun. 4. Pihak EPF akan meningkatkan pelaburan luar negara dari 7% ke 20% dari jumlah aset yang diuruskan. Konsensus Bebas melihat ini sebagai satu risiko yang melibatkan wang rakyat diguna untuk membangunkan ekonomi luar sedangkan ekonomi negara lebih memerlukan sebarang bentuk pelaburan. ![]() Di samping itu, meskipun projek ini akan dibiayai dan dilaksanakan oleh syarikat swasta, ketelusan tidak boleh diabaikan. Konsensus Bebas berharap projek-projek besar seperti MRT akan diberi melalui sistem tender terbuka dan projek-projek ditawarkan kepada syarikat yang mengutamakan kepentingan dan keselamatan rakyat (the interests and safety of the rakyat). Konsensus Bebas berharap Belanjawan 2011 akan dilaksanakan dengan cekap dan mencapai hasrat yang diinginkan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. *Kenyataan media oleh Konsensus Bebas, yang terdiri daripada Zahrain Mohamed Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru), Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal), Zulkifli bin Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai). |
No comments:
Post a Comment