Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 11, 2010

Kalau Setahun Satu, Paling Bongsu Macam Cucu (1 dgn 49)

Sheikh Muszaphar mahu 10 anak 

PUTRAJAYA - Setelah lapan tahun menyulam cinta, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, semalam. 

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dengan mas kahwin sebanyak RM80 kira-kira jam 11.40 pagi di hadapan ahli keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai. 

Sheikh Muszaphar, 38, menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda. Bagaimanapun wang hantaran tidak dimaklumkan atas keputusan kedua-dua belah pihak. 

Hantaran daripada pihak lelaki terdiri daripada sebentuk cincin, sirih junjung, telekung, sepasang baju kurung, seutas jam tangan, tas tangan, seutas rantai, coklat dan minyak wangi. 

Pihak perempuan pula membalas dengan sebentuk cincin, sirih junjung, sejadah, senaskhah al-Quran, minyak wangi, sepasang baju Melayu, sehelai kain songket, seutas jam tangan, coklat, dan buah-buahan. 

Pasangan yang bertunang pada 1 Januari lalu menzahirkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar. 

“Alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dan masyarakat yang datang meraikan majlis ini. 

“Perancangan saya selepas ini adalah untuk meneruskan tugas seperti biasa di samping menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia akan mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami kekal hingga ke anak cucu,” kata Sheikh Muszaphar. 

Manakala Dr Halina, 29, turut mengakui perasaan gemuruh dan gembira bercampur baur ketika melalui upacara akad nikah tersebut.

“Syukur semua sudah selesai, perasaan saya ketika ini bercampur baur sama ada gembira sedih dan terharu kerana melangkah setapak lagi ke fasa hidup berumah tangga selepas lapan tahun berkawan,” katanya. 

Ketika ditanya tentang harapan menimang cahaya mata, sambil berseloroh Sheikh Muszaphar berkata, dia teringin memiliki 10 orang cahaya mata. Mereka juga dijangka ke Mekah bagi menunaikan umrah dan haji sambil berbulan madu. 

Pada majlis tersebut Dr Halina tampil anggun sementara suaminya tampak kacak apabila mengenakan persalinan berwarna putih rekaan Cosry. 

Majlis persandingan pula diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada sebelah malamnya pula dengan bertemakan pahlawan Melayu di istana kayangan yang disiarkan secara langsung di TV3. 

Lebih 1,000 jemputan akan hadir yang terdiri daripada golongan diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, rakan rapat termasuk 100 angkasawan dari 35 negara dan 20 media antarabangsa.

No comments:

Cerita Dolu Dolu