Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 24, 2010

Gempa berturut-turut disekeliling Malaysia (Indonesia & Filipina)

Gempa bumi di Sumatera, gegaran dirasai di Pantai Barat Semenanjung
KUALA LUMPUR - Gempa bumi pada magnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di utara Sumatera, Indonesia pagi ini dan gegarannya turut dirasai di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku 10.11 pagi, berpusat di 40km tenggara Padang Sidempuan, Indonesia dan 307km tenggara Klang, Selangor.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Wilayah Persekutuan Azizan Ismail berkata pihaknya menerima beberapa panggilan daripada pengurus bangunan di sekitar ibu negara yang memaklumkan berlakunya gegaran kecil.


Antaranya bangunan yang menempatkan bank, hotel dan beberapa pangsapuri, katanya.

Turut merasai gegaran kecil ialah ibu pejabat bomba Kuala Lumpur di Jalan Maharajalela, katanya dan menurutnya pihaknya menasihatkan pihak pengurusan bangunan membuat pemeriksaan sendiri.

Beliau dimaklumkan pengurus bangunan juga tidak meminta penghuni untuk mengosongkan bangunan. 

Pihak bomba akan memantau perkembangan tersebut melalui maklumat terkini Jabatan Meteorologi, katanya.

Kaji Punca Berlakunya Kes Pembuangan Bayi Secara Mendalam

Semenjak dah berfesyen ni Ustazah Mashitah dah tak faham agaknya. Selain keluarga tiga perkara pokok kena betulkan dahulu - Dasar Pelajaran (terutama Pendidikan Islam - jadi pelajaran wajib sehingga epringkat Universiti -SAR pun kena tarik camana?) Dasar Hiburan - konsert 24 jam? Bangang ke apa.... Konsert waktu Maghrib? Dasar Belia - bukan dasar bercampur gaul dan keseronokan sahaja. Mana pergi Rakan Masjid? hidup segan mati tak mau?
KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata isu pembuangan bayi yang semakin menular dalam masyarakat ketika ini perlu dikaji secara mendalam dengan mencari punca utama kenapa kes tersebut berlaku.
Beliau berkata dengan hanya menyediakan tempat untuk bayi-bayi terbuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan menyelesaikan masalah tersebut sebaliknya lebih banyak usaha perlu dilakukan melalui pendekatan agama dan pengukuhan institusi keluarga.
"Seperti masalah gatal pada kulit, ia tidak mencukupi hanya dengan menyapu minyak pada bahagian yang gatal, sebaliknya kita mesti tahu kenapa kita menghadapi masalah tersebut sama ada melalui pemakanan dan begitu juga masalah bayi ini kenapa ia berlaku," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada program sesi bersama pemimpin, perpaduan 1Malaysia di sini, Jumaat.
Katanya kes pembuangan bayi semakin serius sejak akhir-akhir ini dan ia merupakan antara masalah utama dalam masyarakat ketika ini selain masalah penceraian rumah tangga.
Menurutnya peranan institusi keluarga yang menjadi asas utama dalam membentuk sebuah mesyarakat yang lebih maju dan bertamadun perlukan perhatian khasnya yang melibatkan pendidikan awal akhlak anak-anak.
Mashitah berkata gaya hidup dalam sesebuah keluarga banyak mempengaruhi cara pemikiran anak-anak hari ini kerana mereka akan lebih mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang tua mereka sendiri sama ada ia perbuatan yang baik mahupun sebaliknya. -BERNAMA

Earthquakes strike waters south of Philippines


Kestabilan bumi nampaknya telahtergugat. Nasib baik tiada tsunami. Semalam di Jepun juga gempa agak kuat 5.9. Sejak mutahir ni gempa agak kuat (melebihi RS 5.0 di seluruh dunia...... the only unpredictable (yet) natural disaster. Bukit Tinggi apa cerita? Malaysia dikenali negara tiada bencana gempa bumi dan gunung berapi - sekarang. Antara sebabnya hutan hujan Malaysia tidak banyak berubah semenjak 130 juta tahun dahulu - dari zaman dinasour. Akan datang? Malaysia mempunyai banyak tempat air panas dan jika kita pergi ketempat puncanya akan berbau sulfur - sulfur = lava = gunung berapi. Kalau Allah nak turunkan bala bila-bila sahaja boleh dan tak akan memilih baik atau tidak baik. Kalau ugama diabaikan tunggulah. Itu janji Allah. YOU HAVE BEEN WARNED.

By the CNN Wire Staff
July 24, 2010 -- Updated 0106 GMT (0906 HKT)
t1larg.map.philippines.jpg
STORY HIGHLIGHTS
  • NEW: Four earthquakes hit waters south of Philippines
  • NEW: Three of the four have magnitudes above 7.0
  • No tsunami warning was immediately issued
RELATED TOPICS
(CNN) -- A series of four strong earthquakes spanning just over an hour struck the Philippines' Moro Gulf on Saturday morning, according to the U.S. Geological Survey.
Three of the four earthquakes had magnitudes between 7.3 and 7.6; the other came in at a 5.4 magnitude. The first quake struck at 6:08 a.m. (6:08 p.m. ET Friday) and the fourth hit at 7:15 a.m. The last quake ran the deepest at 616 (382 miles) kilometers.
The epicenters of the quakes were about 100 kilometers (62 miles) off the coastal city of Cotabato and roughly 950 kilometers (590 miles) southeast of Manila.
No tsunami warning was immediately issued for any of the quakes.
There were no reports of damage, said Rona Faeldin of the Philippines Coast Guard.

Kopitiam beli ayam meragukan

Harap bukan francais yang sama kami pergi tempohari - well, tak pergi dah kot. Dah lah mahal nak mampos, sedapnya idak. Kebetulan aje hari tu sibuk tak sempat nak masak dan nak pegi beli barang. Menakutkan adalah pemantauan - kalau dah JAKIM dah bagi pensijilan HALAL pun OUT, kemana lagi nak makan? Nasib baik jarang makan di luar.

Kopitiam beli ayam meragukan


INILAH kedai kopitiam yang diserbu pihak berkuasa Jakim kerana disyaki membeli ayam meragukan di Kepong semalam.


KUALA LUMPUR - Sebuah kedai kopitiam terkenal disyaki membeli ayam daripada sebuah pusat penyembelihan ayam yang tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang menjalankan perniagaan selama ini.
Penolong Pengarah Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, perkara tersebut terbongkar apabila sepasukan pegawai dari Bahagian Hub Halal Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melakukan pemeriksaan di sebuah premis sembelihan ayam di Kepong baru-baru ini dan menemui bukti pembelian ayam oleh kedai kopitiam tersebut.
Bagaimanapun, ketika pemeriksaan di kopitiam itu semalam, bukti pembelian di pusat sembelihan tersebut tidak ditemui. "Dipercayai pemilik kopitiam ini telah menghilangkan bukti berkaitan pembelian daripada pusat sembelihan tidak halal itu. "Kita hairan macam mana resit boleh hilang, sedangkan pihak kami ada salinan resit pembelian ayam kedai kopitiam ini," katanya.

Kontraktor Orang Umno, Pembinaan Kuarters MBSA Terbengkalai





Papan tanda kuarters Shah Alam seksyen 20 termasuk pagar zink telah dipasang dari tahun 1996/97 lagi. Apartment Sri Puteri pula telah mula dijual pada tahun 2000 da nkerja telah mula pada tahun 2002 kot. Dua-dua projek betul-betul dekat jalan besar. Apartment Sri Puteri tu dah mula awal tahun ini atas inisiatif Kerajaan Selangor sekarang dan nama pun tukar sedikit jadi SURI PUTERI. Semasa tempoh takde progress sehingga awal tahun ini,tempat tersebut menjadi sarang dan tempat melepak budak-budak sekolah. Di sebabkan ada lobang yang dikorek semasa projek terbiar, ada bebudak ni jadikan kolam renang dan ad beberapa kes nyaris tak lemas. Itu belum lagi tetiba keluar pelajar sekolah berpasangan dari tempat tersebut. Diorang buat apa disitu? Isu ini menjadi perbincangan kami AJK surau Al-Husna tempohari - Alhamdulillah, lega dahstart balik dah - semak mata memandang. Kesian kepada pembeli asal Sri Puteri..... dah 10 tahun beb.....

Kontraktor Orang Umno, Pembinaan Kuarters MBSA Terbengkalai
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan kegagalan sebuah syarikat swasta dalam membina kuartes Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas menerima tender runding terus daripada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).


Projek penswastaan pembinaan kuaters di Seksyen 20 Shah Alam adalah antara lambakan projek terbengkalai warisan pemerintahan kerajaan Umno-BN.
Laporan Ketua Audit Negara 2008 sebelum ini menyenarai projek berkenaan sebagai antara kelemahan kerajaan Selangor ketika masih diperintah Umno BN.

Sebuah syarikat swasta didakwa memperoleh projek tersebut secara rundingan terus dan menganggap syarikat berkenaan tidak layak kerana hanya mempunyai modal berbayar sepuluh ribu sahaja. Syarikat ini juga didakwa mencagarkan dua lot tanah milik MBSA kepada bank dengan nilai RM18.85 juta, kononnya atas alasan untuk menampung kos projek.

“Lagi teruk dari itu bila dah sangkut mereka cagarkan tanah MBSA yang sepatutnya mereka tak dibenarkan cagar,” kata Khalid Samad.

Beliau kesal kerana pemilik majoriti syer syarikat itu adalah orang penting dalam Umno Selangor dan individu itu langsung tidak dikenakan tindakan walaupun kepincangan ini didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara. Kehampaan berikutan kegagalan pembinaan kuarters ini turut dirasai pimpinan Pas Shah Alam. (Bila YB Khalid nak dedahkan nama pemegang saham tersebut?)

“Telah pun tidak dapat melaksanakan projek ini dengan baik dan terpaksa meminta bantuan dari pihak majlis ketika itu iaitu pada 2005,” kata Timbalan Yang Dipertua Pas PAS Shah Alam, Azli Yusof.

Persatuan Serah Memorandum Mengenai Isu Pasir Kepada Sultan Selangor

Tak faham satu saja. Kenapa tak pergi jumpa dahulu? QUOTE : "Sementara itu, katanya ahli JBPPPMS mahu mengadakan satu pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat untuk menerangkan perkara sebenar yang dihadapi mereka." Sebab provokasi Khir Toyo dan Noh tak jalan kah?

SHAH ALAM: Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-Pengusaha Pasir Melayu Selangor (JBPPPMS) hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meminta bantuan baginda menyelesaikan kemelut isu pasir dan masalah yang dihadapi pengusaha pasir Melayudi Selangor.
Pengerusi JBPPPMS Tengku Datuk Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin, berkata memorandum dua muka surat itu diserahkan kepada Tengku Besar Putera Selangor, Tengku Ismail Shah Sultan Hishamuddin Alam Shah untuk disampaikan kepada Sultan Selangor.
"Antara kandungan memorandum yang diserahkan kepada Tuanku termasuklah isu mengenai bayaran royalti tinggi yang dikenakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd kepada pengusaha pasir kerana jumlah royalti yang dibayar pada masa sekarang adalah sebanyak RM6 berbanding RM3 pada sebelumnya.
"Ia juga turut menyatakan kekesalan pengusaha pasir berikutan terdapat beberapa bidang tanah persendirian yang juga ditakrif sebagai tanah rizab Melayu diceroboh oleh pihak tertentu yang mempuyai kepentingan dalam industri pasir ini," katanya pada sidang media di Kelab Shah Alam, Jumaat.
Sementara itu, katanya ahli JBPPPMS mahu mengadakan satu pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat untuk menerangkan perkara sebenar yang dihadapi mereka.
"Kami rasa beliau (Khalid) tidak dibekalkan dengan maklumat yang betul dan tepat kerana terdapat kenyataan yang dikeluarkannya bertentangan dengan apa yang kami maklum (tentang isu pasir)," katanya. - BERNAMA

LELONG! LELONG! ELETRIK LELONG!

Seperti mana TNB dipaksa beli  dari IPP TAPI Jepun mewajibkan syarikat tenaga membeli tenaga elektrik berlebihan termasuk dari rumah, bangunan korporat dan sebagainya. Kalau laa Malaysia buat macam tu tak takut nak invest untuk Solar Panel kat rumah sebab ada pulangan. Bayangkan semua rumah pasang solar panel dan TNB kena beli dari kita, lepas tu kena beli dari IPP lagi. . . .  MAHU BANGKRAP TNB. . . .  hmmmm lambat lah lagi nampaknya. . . . Masalah nya kat Jepun takde monopoli.....
Power companies required to buy renewable energy


Japan's government has officially decided to introduce a system to require power companies to buy electricity generated by not only solar panels but also windmills and water power.

The Economy, Trade and Industry Ministry made the decision at a meeting with outside experts on Friday.

Under the new system, power companies will be obliged to buy all surplus electricity generated by solar panels installed both at households and corporate buildings.

The ministry says renewable energy produced by windmills and water power will also be covered by the scheme.

It says costs to realize the system will be passed on to customers, and estimates that a family of 4 will be charged up to 200 yen, or roughly 2 dollars, over 10 years.

The ministry plans to flesh out the program this year and put it into practice as soon as 2011.

ASTAGHFIRULLAHALA'ZIM - MAIM pun dah setuju?

"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.
Bagus sangatlah tu - yelah kang nak laksana hudud kang ada lak yang sentap ..... seharusnya paling minima TUKAR 1 - Dasar pelajaran    2 - Dasar Belia    3 - Dasar Hiburan. Ahh... payah sangat tukar aje KM....

Sekolah khas untuk pelajar mengandung


SEKOLAH khas untuk pelajar mengandung dicadang bagi mengelak berulangnya kes seperti bayi perempuan dalam gambar ini yang ditemui di perhentian bas oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru semalam.


MELAKA - Kerajaan negeri Melaka semalam mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran. Jika menjadi kenyataan, sekolah itu akan menerima pelajar dari seluruh negara. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan. "Kami serius mengenai cadangan ini, jika kementerian tak setuju, kami sendiri akan mengusahakan penubuhannya,'' ujar beliau selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini semalam. Mohd. Ali berpendapat adalah lebih baik remaja yang mengandung mempunyai saluran meneruskan persekolahan daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran. Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah. "Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya. Bagi membantu remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin, beliau turut mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada mereka untuk membantu urusan perkahwinan. "Perkara ini telah dibincangkan bersama MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu," katanya.

DARTH VADR PAKAI SELUAR CELORENG


The Dark Side prevails? Darth Vader holds up Long Island bank

By Cassie Spodak, CNN
July 23, 2010 -- Updated 1549 GMT (2349 HKT)
t1larg.darth2.jpg
STORY HIGHLIGHTS
  • Man dressed as Darth Vader holds up Long Island bank
  • He carried a gun, not a light saber











New York (CNN) -- Long Island may be far from the Death Star, but that didn't stop Darth Vader from paying a less-than-friendly visit to a bank in East Setauket, New York. Or at least he looked like Darth Vader, except for the camouflage pants. The costumed man, with a mask and cape, entered a Chase bank Thursday morning and demanded cash. Although he didn't have a lightsaber, his gun was more than enough to persuade the teller to hand over the money.
The caped criminal then fled east through the bank's parking lot. Suffolk County police said they are searching for the man, described as around 6 feet tall.

Friday, July 23, 2010

‘Orang Tengah’ yang ketinggalan zaman — Abd Shukur Harun

Tak baik kutuk orang tua...... kesian ler kat Mufti tu.... dia tertinggal keretapi jer......

July 23, 2010
23 JULAI — Siapapun atau golongan manapun yang mendakwa diri mereka sebagai “orang tengah” atau mencuba menjadi “orang tengah” konon untuk berusaha mengadakan pertemuan atau hubungan antara PAS dan Umno, sudah tentu sama sekali tidak diiktiraf oleh arus perdana di dalam PAS.
Bahkan kepimpinan PAS sendiri telah berkali-kali mempertegaskan bahawa PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Umno, sebuah parti yang sangat berbeza mengenai dasar dan pendekatannya.
Ini telah diketahui umum dan telah ditegaskan banyak kali oleh pihak PAS, namun perbezaan dasar antara PAS dan Umno ini cuba dipandang sepi atau tidak diberi perhatian oleh pihak yang berhempas pulas untuk menemukan kedua parti tersebut.
Malah pihak yang dikatakan hendak menjadi “orang tengah” ini sendiri tidak berminat untuk melihat perbezaan dasar itu. Yang dihujahkan berkali-kali oleh pihak ini ialah bahawa kerjasama PAS-Umno ini ialah untuk kepentingan Melayu/Islam. Sementara pemimpin PAS berulang kali menegaskan bahawa dengan Islam saja, Melayu akan menjadi kuat di samping kaum-kaum lain yang ada di negara ini.
Inilah program politik baru Malaysia yang dipelopori oleh Pakatan Rakyat. Ia membela semua kaum, bukan berdasarkan kaum tetapi berdasarkan rialiti yang ada. Ia membela Melayu yang miskin, kaum Cina yang miskin, India yang miskin dan kaum-kaum lain yang miskin di bawah semangat Perlembagaan Malayia yang ada sekarang.

Gaza children set basketball record


Berita dipetik dari NHK WORLD
More than 7,000 children in the Palestinian territory of Gaza have set a new world record for dribbling basketballs simultaneously.

The event was organized by a UN agency to give hope to children in the conflict zone. It was held at a disused airport, which was destroyed by the Israeli military in 2002.

UN officials say 7,203 children, more than double the previous record, bounced the balls for 5 minutes.

The figure is expected to be recognized by Guinness World Records.

Israel eased its economic blockade of Gaza last month. But sporadic clashes are continuing between Palestinian militants and the Israeli military. Two children were killed on Wednesday.

Children said they hope their mass-dribbling record will help attract the world's attention to the issue of Gaza.

Apa Umno Pulau Pinang buat ketika jadi 'tunggangan' Gerakan?

Sebelum baca kat bawah, pi SINI dulu dan juga KAT SINI
Petikan : "Satu lagi yang pemimpin Umno negeri perlu sedari, Guan Eng kini disifatkan sebagai 'pro-Islam' oleh seorang pemimpin Gerakan negeri, parti kerabat BN di Pulau Pinang"
Artikel dari Harakahdaily.
Ahmad Tajdid   
"JIKA pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan PAS berterusan membiarkan mereka menjadi tunggangan DAP, jangan terkejut sekiranya Pulau Pinang muncul sebagai Singapura kedua satu hari nanti," kata Ketua Penerangan Umno negeri, Dato' Musa Sheikh Fadzir.

Ini bukanlah pertama kali ungkapan-ungkapan berbentuk hasutan dan berbau perkauman itu dilafazkan para pemimpin Umno Pulau Pinang sejak negeri itu terlepas dari tangan BN.

Sejak Mac 2008, muncul pelbagai 'gerakan Melayu' dari pelbagai NGO yang beriya-iya mahu memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang. Ironinya gerakan-gerakan ini muncul setelah BN kecundang di tangan Pakatan Rakyat dan Umno yang menjuarai kepentingan Melayu hanya menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri. seolah-olah orang Melayu di negeri itu 'tidak apa-apa' ketika diperintah BN dan hanya merasa tertindas dan terpinggir di bawah teraju Pakatan Rakyat khususnya DAP.

Apa yang cuba ditonjolkan pemimpin Umno adalah masyarakat Melayu Pulau Pinang kini 'menderita dan merempat' kerana diperintah oleh seorang Ketua Menteri dari DAP yang dilabel "anti-Melayu" dan "anti-Islam".

Pendapat Dalam Washington Times Dakwa Anwar Bukan lagi "Kawan Amerika"



Appa daa... ini Joshuo Trevino sudah spoil, kacau dawun... macamana Utusan mao hantam Anwar ini macam......
CNN nafi, Yahudi nafi.... cis..... tinggal Sodomy ajjer......


KUALA LUMPUR: Joshua Trevino, penulis ucapan Presiden George W. Bush dari Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Insan dari 2001-2004, berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi rakan dan sekutu berpotensi Amerika Syarikat.
Menulis dalam ruangan pendapat bertajuk "The end of an affection" yang disiarkan dalam Washington Times semalam, beliau berkata Anwar pada satu masa dulu begitu dihormati rakyat Amerika tetapi "masa itu sudah berlalu".
"Sedekad lepas, orang Barat yang berfikiran logik dan bermaklumat percaya yang beliau seorang yang memperjuangkan demokrasi Islam yang sempurna dan toleran. Kini beliau hanya seorang pejuang dunia Islam yang cuba mengumpan Yahudi dan anti Amerika. Amerika dan dunia Islam dan pastinya Malaysia, sepatut tidak diperlakukan sebegitu," tulisnya.
Trevino, yang sejak sekian lama disifatkan sebagai pemerhati hal ehwal Malaysia, mempersoalkan sama ada adakah Anwar pernah menjadi sekutu atau rakan Amerika, terutamanya dengan pendekatannya yang "retorik anti Semitik dalam politik Malaysia."
Anwar lantang mengutuk tindakan Israel merampas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza kira-kira enam minggu lepas dan telah mengetuai demonstrasi yang disertai ribuan orang di depan Kedutaan AS di sini pada 4 Jun lepas sebagai membantah tindakan itu.
Pendekatan retorik antiSemitik Anwar dalam politik Malaysia sejak dua tahun lepas ternyata tidak dapat diterima oleh B'nai B'rith, pertubuhan perkhidmatan kemasyarakatan tertua Yahudi, yang kemudian pada 25 Mei lepas menggesa pegawai kanan AS menghentikan hubungan dengan Anwar.
Trevino juga membuat perbandingan antara Anwar dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengutuk Israel kerana merampas kapal berkenaan.
Tetapi penulis itu mendakwa dalam kes itu, Anwar telah "menyerang Yahudi dengan semua perumpamaan klasik antiSemitisme - dan beliau pada masa yang sama turut mengutuk Amerika."- BERNAMA

Badrul Amin Tidak Mahu SPRM Pilih Bulu



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup tiga kes profil tinggi dan salah satunya membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim kerana tiada bukti kukuh. Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Badrul Amin Baharom berkata pihaknya menghargai keputusan yang dibuat SPRM berhubung penganjuran majlis terbuka hari raya, di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008. “Kami menghargai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup siasatan kes terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang membabitkan jamuan Aidilfitri rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008," katanya. Menurutnya, SPRM tiada bukti dan saksi  dalam menjalankan siasatan selama dua tahun yang dapat membuktikan tindakan awal terhadap Khalid.  Beliau berkata tindakan SPRM itu juga  adalah tidak berasas dan bermotif politik untuk memburukkan imej Menteri Besar Selangor. Badrul juga meminta pihak SPRM menjalankan tugas secara profesional dan tidak memilih bulu dalam kes penyelewengan dan rasuah yang membabitkan pimpinan tertinggi kerajaan. Tambah Badrul lagi SPRM wajar menjalankan siasatan dan dakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dan pimpinan Umno Barisan Nasional lain yang jelas terbabit dalam kes rasuah agar dapat memulihkan keyakinan orang awam terhadap SPRM. 

Dakwaan ‘cinta’ Saiful, DPP hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar

Ini contoh paling tepat untuk bidalan " Telan Mati Emak, Luah Mati Bapak". Jika Farah keluar - gossip mengesahkan hubungan dengan Saiful akan bertebaran terutama di FB. Jika tak dikeluarkan, gossip "kenapa tak siasat?" atau "Mahkamah takleh dipercayai" akan memenuhi ruang maya.


July 22, 2010
KUALA LUMPUR, 22 Julai – Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.
Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.
Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.
Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.
“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

Pemuda MCA: Kami terpaksa turun kereta seandainya...


KAPAL NAK KARAM....... anak kapal tengah sibuk nak cari pelampung.

Dari MERDEKA REVIEW. Jul 22, 2010 01:31:57 pm

Kenyataan Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa MCA dan Gerakan adalah penumpang Barisan Nasional amatlah menyedihkan.  Ramai lagi pemimpin dalam UMNO yang mempunyai pemikiran ketinggalan zaman sehingga hari ini.
Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) menuntut rakyat untuk mengikis konsep perkauman, menyumbang kepada negara tanpa mengira kaum, dan membawa Malaysia untuk meluncur di landasan ke arah negara maju.
Namun demikian, apa yang mengecewakan, ramai lagi pemimpin UMNO yang masih kekal dengan pemikiran kuno, mengagih mengikut kuota, malah melihat isu negara dari perspektif hegemoninya, iaitu UMNO adalah big brother, kata Sheah Kok Fah.
Beliau menambah, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.  Tetapi, langkah kemajuan negara terbantut kerana dibelenggu dengan pelbagai sistem yang ketinggalan zaman.  Lebih-lebih lagi, sesetengah negara seperti Singapura, China dan sebagainya telah jauh meninggalkan kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.
Sheah Kok Fah berkata, logik Ahmad Zahid (gambar kiri) dan ramai lagi pemimpin UMNO yang menuntut agar kuota perkauman diaplikasikan dalam pelbagai perkara di Malaysia, merupakan sesuatu yang menongkah arus zaman.
"Gagasan 1Malaysia oleh Najib menaruh harapan agar perubahan berlaku.  Tetapi sistem yang lama ini masih kekal, malah pemikiran yang kuno masih berlegar dalam minda pemimpin UMNO.  Secara jujur, ekonomi Malaysia bagaikan kereta lembu yang lapuk, amat susah untuk berjalan jauh."

Thursday, July 22, 2010

Farouk Hussain nafi menghasut




Kata Farouk "Saya bersuara atas kapasiti saya sendiri sebagai ahli UMNO, seorang rakyat yang mempunyai hak untuk mengundi dan menyuarakan pendapat."
Petikan dari KOSMO (geng Utusan Meloya). Betullah kata Aspan Alias UMNO - Perlukan 'replanting?'








FAROUK (kanan) bersama rakan gandingannya dalam siri Warung Kita, Azrul Hadi.




MARILYN ni kalau bab politik bukanlah bijak sangat, tapi kalau ada topik hangat timbul, Marilyn mesti masuk campur sekali. Haa..Ini kisah seorang artis komedi yang dikatakan 'menyerang' kerajaan menerusi lawan sosialnya sepertimana laporan sebuah akhbar tabloid (bukan terbitan Kumpulan Utusan) baru-baru ini. Artis komedi itu dikatakan telah menulis lebih 10 komen dalam laman sosial dengan kritikan termasuk meminta rakyat menukar pemimpin. Tapi tidak pula disebutkan nama artis itu, cuma diberikan klu iaitu 'artis lelaki berusia 40-an yang suam-suam kuku'.
Disebabkan ramai sangat yang bertanya Marilyn siapakah artis komedi itu, Marilyn pun melayari laman sosial Twitter dan Facebook. Lalu terjumpalah laman sosial pelakon komedi siri Warung Kita yang disiarkan di Astro Prima, Farouk Hussain. Apabila membaca beberapa komen pada status Facebook pelawak berusia 43 tahun itu, nyata ada komen-komen Farouk yang berunsur mengkritik kerajaan seperti yang didakwa akhbar tabloid tersebut. Tidak tunggu lagi, Marilyn pun terus menghubungi Farouk.
Beritahu Farouk tenang: "Kalau benar apa yang dipaparkan dalam akhbar tabloid itu ditujukan kepada saya, saya tidak menafikannya kerana saya memang ada memberi komen-komen dalam Facebook. Namun katanya lagi: "Mungkin ada yang merasakan kenyataan pada status Facebook saya itu berbaur hasutan, antikerajaan dan sebagainya. Tetapi untuk makluman, saya adalah ahli UMNO seumur hidup yang sah dengan nombor 2951848. "Saya bersuara atas kapasiti saya sendiri sebagai ahli UMNO, seorang rakyat yang mempunyai hak untuk mengundi dan menyuarakan pendapat. Menurut Farouk, fakta yang ditulis hanya sekadar untuk paparan dan tujuan dia menulis adalah untuk meluahkan apa yang dia rasa dan mungkin juga dikongsi bersama ramai lagi rakyat Malaysia. Tambahnya: "Mungkin kenyataan saya di Facebook itu agak keras dan bunyinya seakan-akan mencabar dan menentang kerajaan. Ia sama sekali tidak. Pemimpin yang saya maksudkan seharusnya dilihat dari konteks yang luas, bukan cetek.
"Pemimpin yang saya maksudkan adalah wakil-wakil rakyat, ketua-ketua bahagian, cawangan, ADUN-ADUN dan lain-lain yang kurang memainkan peranan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat. "Itu yang cuba saya sampaikan. Kalau itu dikatakan sebagai hasutan dan antikerajaan, saya minta dikaji semua komen-komen pada Facebook saya itu," katanya. Dalam pada itu, kata Farouk kemungkinan bukan dia yang dimaksudkan oleh laporan akhbar tabloid itu pun ada. Malah, Farouk tidak menolak ada kemungkinan golongan artis yang menyokong parti pembangkang. Eh! Marilyn tak beranilah nak komen lanjut. Tapi, hmm...Harap semua yang bertanya kat Marilyn tu dah puas hati dengan jawapan Farouk Hussain itu yea.

Cerita Dolu Dolu