Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 24, 2010

Kopitiam beli ayam meragukan

Harap bukan francais yang sama kami pergi tempohari - well, tak pergi dah kot. Dah lah mahal nak mampos, sedapnya idak. Kebetulan aje hari tu sibuk tak sempat nak masak dan nak pegi beli barang. Menakutkan adalah pemantauan - kalau dah JAKIM dah bagi pensijilan HALAL pun OUT, kemana lagi nak makan? Nasib baik jarang makan di luar.

Kopitiam beli ayam meragukan


INILAH kedai kopitiam yang diserbu pihak berkuasa Jakim kerana disyaki membeli ayam meragukan di Kepong semalam.


KUALA LUMPUR - Sebuah kedai kopitiam terkenal disyaki membeli ayam daripada sebuah pusat penyembelihan ayam yang tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang menjalankan perniagaan selama ini.
Penolong Pengarah Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, perkara tersebut terbongkar apabila sepasukan pegawai dari Bahagian Hub Halal Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melakukan pemeriksaan di sebuah premis sembelihan ayam di Kepong baru-baru ini dan menemui bukti pembelian ayam oleh kedai kopitiam tersebut.
Bagaimanapun, ketika pemeriksaan di kopitiam itu semalam, bukti pembelian di pusat sembelihan tersebut tidak ditemui. "Dipercayai pemilik kopitiam ini telah menghilangkan bukti berkaitan pembelian daripada pusat sembelihan tidak halal itu. "Kita hairan macam mana resit boleh hilang, sedangkan pihak kami ada salinan resit pembelian ayam kedai kopitiam ini," katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu