Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 22, 2010

Farouk Hussain nafi menghasut




Kata Farouk "Saya bersuara atas kapasiti saya sendiri sebagai ahli UMNO, seorang rakyat yang mempunyai hak untuk mengundi dan menyuarakan pendapat."
Petikan dari KOSMO (geng Utusan Meloya). Betullah kata Aspan Alias UMNO - Perlukan 'replanting?'








FAROUK (kanan) bersama rakan gandingannya dalam siri Warung Kita, Azrul Hadi.




MARILYN ni kalau bab politik bukanlah bijak sangat, tapi kalau ada topik hangat timbul, Marilyn mesti masuk campur sekali. Haa..Ini kisah seorang artis komedi yang dikatakan 'menyerang' kerajaan menerusi lawan sosialnya sepertimana laporan sebuah akhbar tabloid (bukan terbitan Kumpulan Utusan) baru-baru ini. Artis komedi itu dikatakan telah menulis lebih 10 komen dalam laman sosial dengan kritikan termasuk meminta rakyat menukar pemimpin. Tapi tidak pula disebutkan nama artis itu, cuma diberikan klu iaitu 'artis lelaki berusia 40-an yang suam-suam kuku'.
Disebabkan ramai sangat yang bertanya Marilyn siapakah artis komedi itu, Marilyn pun melayari laman sosial Twitter dan Facebook. Lalu terjumpalah laman sosial pelakon komedi siri Warung Kita yang disiarkan di Astro Prima, Farouk Hussain. Apabila membaca beberapa komen pada status Facebook pelawak berusia 43 tahun itu, nyata ada komen-komen Farouk yang berunsur mengkritik kerajaan seperti yang didakwa akhbar tabloid tersebut. Tidak tunggu lagi, Marilyn pun terus menghubungi Farouk.
Beritahu Farouk tenang: "Kalau benar apa yang dipaparkan dalam akhbar tabloid itu ditujukan kepada saya, saya tidak menafikannya kerana saya memang ada memberi komen-komen dalam Facebook. Namun katanya lagi: "Mungkin ada yang merasakan kenyataan pada status Facebook saya itu berbaur hasutan, antikerajaan dan sebagainya. Tetapi untuk makluman, saya adalah ahli UMNO seumur hidup yang sah dengan nombor 2951848. "Saya bersuara atas kapasiti saya sendiri sebagai ahli UMNO, seorang rakyat yang mempunyai hak untuk mengundi dan menyuarakan pendapat. Menurut Farouk, fakta yang ditulis hanya sekadar untuk paparan dan tujuan dia menulis adalah untuk meluahkan apa yang dia rasa dan mungkin juga dikongsi bersama ramai lagi rakyat Malaysia. Tambahnya: "Mungkin kenyataan saya di Facebook itu agak keras dan bunyinya seakan-akan mencabar dan menentang kerajaan. Ia sama sekali tidak. Pemimpin yang saya maksudkan seharusnya dilihat dari konteks yang luas, bukan cetek.
"Pemimpin yang saya maksudkan adalah wakil-wakil rakyat, ketua-ketua bahagian, cawangan, ADUN-ADUN dan lain-lain yang kurang memainkan peranan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat. "Itu yang cuba saya sampaikan. Kalau itu dikatakan sebagai hasutan dan antikerajaan, saya minta dikaji semua komen-komen pada Facebook saya itu," katanya. Dalam pada itu, kata Farouk kemungkinan bukan dia yang dimaksudkan oleh laporan akhbar tabloid itu pun ada. Malah, Farouk tidak menolak ada kemungkinan golongan artis yang menyokong parti pembangkang. Eh! Marilyn tak beranilah nak komen lanjut. Tapi, hmm...Harap semua yang bertanya kat Marilyn tu dah puas hati dengan jawapan Farouk Hussain itu yea.

No comments:

Cerita Dolu Dolu