Ni adalah bil air rumah aku. Baru dapat tadi. Bulan ni minus lagi beb. Kegunaan tengok ajer lah. RM 13.74. Sebelum ini kadangkala lagi kurang. Selepas campur tolak rasanya dah empat (4) bulan tak bayar bil air.
Sebab apa? bukan curi air, tapi sebab KERAJAAN SELANGOR bayarkan bulan-bulan RM11.06. Mungkin sebelum nih aku ada tersilap bayar lebih - RM 20.00 agaknya jadi sampai sekarang dok minus lagi.
Aduyai....... walaupun sikit ajer tapi kalau macam nih berterusan setahun? Dah jimat RM 132.72. Banyak tu. Cukup untuk cover bayar duit INDAH WATER selama 2.8X ( Tambah RM11.62 cukup 3 kali bayar) - sapa nak bagi?
Tapi ramai tak sedar benda simple macam ni pernah merasa? Kerajaan Persekutuan malu alah, nak tiru tapi untuk letrik bagi bawah 20kw sebulan aje free (Bukan tolak 20kw punyer charge dapat free). Kalau rumah cuma ada mentol sebiji dua dapat kot?
2 comments:
Untunglah hang duduk selangor kat negeri lain yg free air sungai, air hujan, air longkang aje. Air paip tetap kena bayar.
Pun dalam tu dok ngutuk kerajaan negeri lagi... 'Eleh, setakat RM11.00 apa barang....."
Post a Comment