Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, July 23, 2010

Badrul Amin Tidak Mahu SPRM Pilih Bulu



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup tiga kes profil tinggi dan salah satunya membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim kerana tiada bukti kukuh. Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Badrul Amin Baharom berkata pihaknya menghargai keputusan yang dibuat SPRM berhubung penganjuran majlis terbuka hari raya, di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008. “Kami menghargai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup siasatan kes terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang membabitkan jamuan Aidilfitri rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008," katanya. Menurutnya, SPRM tiada bukti dan saksi  dalam menjalankan siasatan selama dua tahun yang dapat membuktikan tindakan awal terhadap Khalid.  Beliau berkata tindakan SPRM itu juga  adalah tidak berasas dan bermotif politik untuk memburukkan imej Menteri Besar Selangor. Badrul juga meminta pihak SPRM menjalankan tugas secara profesional dan tidak memilih bulu dalam kes penyelewengan dan rasuah yang membabitkan pimpinan tertinggi kerajaan. Tambah Badrul lagi SPRM wajar menjalankan siasatan dan dakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dan pimpinan Umno Barisan Nasional lain yang jelas terbabit dalam kes rasuah agar dapat memulihkan keyakinan orang awam terhadap SPRM. 

No comments:

Cerita Dolu Dolu