Tak tahu pula rupanya PM ada penasihat Agama. Mana penasihat ni menghilangkan diri masa PM sedang mencari-cari pendapat umum fasal JUDI BOLA tempohari? Takkanlah Penasihat ni lupa menasihatkan pulak? Perpaduan itu sesuatu yang dituntut oleh agama dan perlu diambil serius? JUDI tu haram kenapa nak termanggu-manggu pula. Perpaduan ni masih ada pertikaian tapi JUDI dah sah-sah kena TOLAK awal-awal lagi - no question ask. Perpaduan RETI nak guna HADITH - Judi bukan HADITH tapi AL-QURAN dan awal sesangat.
Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya...Surah Al Baqarah Ayat 219.
Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya...Surah Al Baqarah Ayat 219.
Perpaduan penting dalam Islam: Penasihat agama PM
BESUT - Isu perpaduan perlu diambil serius oleh umat Islam sendiri kerana ia merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Md Zin.
Beliau berkata, wajib bagi umat Islam terutamanya pemimpin supaya menyatukan kembali perpaduan Melayu di negara ini kerana dibimbangi jika perpecahan dibiarkan berterusan, ia bukan sahaja menjejaskan keharmonian negara tetapi juga kemuliaan agama Islam itu sendiri.
"Perpaduan itu adalah sesuatu yang wajib manakala perpecahan pula hukumnya haram," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas isu berkaitan perpaduan antara Umno-PAS.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak bertolak ansur dalam memastikan perpaduan di kalangan Umno-PAS dapat direalisasikan dengan mengetepikan soal-soal kepentingan parti.
Abdullah turut menyokong langkah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah untuk kedua-dua parti itu kerana langkah itu bertepatan demi perpaduan umat Islam.
"Banyak hadis berkaitan perpaduan yang kita ketahui menganjurkan tentang perpaduan dan oleh kerana itu soal perpaduan tidak patut dipertikai oleh umat Islam itu sendiri," katanya.
No comments:
Post a Comment