Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 20, 2010

KHIR TOYO KENA KUTUK



Agak-agak sama tak dengan kes pasir yang Khir Toyo dok kecohkan tu? Mari kita tunggu jawapan dari Khir Toyo nanti.


Apa yang lebih mendukacitakan pihak Yayasan adalah kehadiran Ketua Pembangkang Selangor di perhimpunan aman semalam. Ilham Marzuki menjelaskan pemindahan dan penyerapan penuntut adalah amalan yang biasa dilakukan dibawah pentadbiran lalu. 


"Betapa singkat dan pendek ingatan sesetengah orang yang membuat tuduhan-tuduhan liar ini mungkin sengaja mencari publisiti murahan untuk kepentingan yang sempit dan berniat jahat. Penggabungan dan penyerapan seumpama ini pernah di perbuat antara Kolej INPENS dan UNISEL yang di bawah MBI (Menteri Besar Pemerbadanan) pada april 2007," jelas Ilham.


INPENS Tawar Prasarana Pendidikan Mantap Untuk Pelatih 

Fungsi Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) diambil-alih sepenuhnya oleh Kolej Antarabangsa Institut Pendidikan Negeri Selangor (INPENS) selaras dengan rancangan jangka panjang vokasional Selangor. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemindahan pelatih IKYS ke Kolej Antarabangsa INPENS adalah untuk menyediakan pusat pembelajaran yang terbaik kepada pelajar terlibat. Sementara itu, Yayasan Selangor menjelaskan premis IKYS akan digunakan untuk khidmat latihan nasional. Pihak yayasan berpandangan ada pihak tertentu mengambil kesempatan dari pemindahan ini untuk merosakkan imej kerajaan negeri.

“Institut ini bukanlah ditutup tetapi untuk menyusun semula institusi-institusi yang di bawah jagaan Yayasan Selangor yang mana penuntut-penuntut dari instutusi dan kemahiran tersebut akan dipindahkan ke Kolej INPENS iaitu kolej terbesar Kerajaan Negeri di Kuala Selangor," tegas Khalid.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan 300 pelajar IKYS yang berhimpun di Sabak Bernam semalam membantah penutupan premis IKYS Jumaat lalu. Pelajar terlibat berkata pemindahan aturcepat ke Kolej Antarabangsa INPENS yang mempunyai kemudahan pembelajaran serba lengkap adalah satu penganiayaan kepada masyarakat miskin. Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut menyertai perhimpunan ini. Kerajaan Negeri berpendapat Kolej Antarabangsa INPENS menyediakan ruang yang lebih besar untuk membantu meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar ini. Perpindahan ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan dari segi kursus, tenaga pengajar, dan pengiktirafan pensijilan kecuali perubahan tempat sahaja.

“Dari segi kemudahan di INPENS Kuala Selangor adalah lengkap dan bererti ada asrama dan tempat-tempat dan alat-alatnya adalah cukup dan juga ada hubungan terus kepada industri dan tempat membuat latihan industri dalam kerja," jelas Khalid. Pemindahan pelajar-pelajar miskin IKYS ke Kolej Antarabangsa INPENS yang lengkap dengan pelbagai kemudahan pembelajaran tidak akan memberi kesan kepada kebajikan pelajar terlibat, kecuali mutu pembelajaran yang lebih baik. Yayasan Selangor berkata pihak tertentu yang beranggapan keluarga pelajar terbabit perlu menanggung kos tambahan mungkin telah terkeliru kerana pemindahaan ini tidak menjejaskan kos penginapan, pengajian dan peperiksaan. Pengurus Besar Ilham Marzuki berkata pemindahan ini juga tidak mengubah pengajian yang ditawarkan kepada pelatih, pertauliahan sijil kepada pelatih, serta Kemudahan Pinjaman Pendidikan Yayasan Selangor. Yayasan Selangor menjelaskan bahawa pemindahan ini dibuat mengikut saranan Rancangan Malaysia Ke-10 yang dibentangkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Ini kerana Kolej INPENS mengendalikan kursus-kursus kemahiran vokasional sejak dari zaman Barisan Nasional, manakala kursus-kursus profesional diserahkan sepenuhnya kepada Universiti Industri Selangor sejak April 2007. "Perkara ini adalah selaras dengan hasrat untuk merasionalisasi dan menyelaras fungsi agensi Kerajaan supaya tidak ada pertindihan antara agensi-agensi Kerajaan seperti yang disarankan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.  Ini akan mengelakkan pembaziran sumber dan memberi tumpuan yang lebih khusus bagi meningkatkan kualiti pendidikan modal insan," tegas Ilham. Ilham Razak membidas laporan yang mendakwa IKYS akan ditutup adalah tidak benar sama-sekali kerana premis sedia-ada akan dimaanfaatkan bagi tujuan program pembinaan modal insan dan latihan khidmat nasional.

Apa yang lebih mendukacitakan pihak Yayasan adalah kehadiran Ketua Pembangkang Selangor di perhimpunan aman semalam. Ilham Marzuki menjelaskan pemindahan dan penyerapan penuntut adalah amalan yang biasa dilakukan dibawah pentadbiran lalu. "Betapa singkat dan pendek ingatan sesetengah orang yang membuat tuduhan-tuduhan liar ini mungkin sengaja mencari publisiti murahan untuk kepentingan yang sempit dan berniat jahat. Penggabungan dan penyerapan seumpama ini pernah di perbuat antara Kolej INPENS dan UNISEL yang di bawah MBI (Menteri Besar Pemerbadanan) pada april 2007," jelas Ilham.

No comments:

Cerita Dolu Dolu