Teringat dokumentari di DISCOVERY CHANNEL fasal WHITE HOUSE. Seorang tukang masak (American African) cerita, Hillary Clinton pernah bergurau dengan berpesan agar buat kerja dengan betul atau akan dipecat. Tukang masak itu jawab " PRESIDENTS COME AND GO, THE COOK.... STAY" Saya rasa Nik Ali boleh belajar dari sesuatu disini. Kerajaan, pemimpin boleh bertukar ganti tetapi penjawat awam akan melaksanakan tanggungjawabnya seperti biasa. Dalam kes Nik Ali dan LGE ini adakah Nik Ali melaksanakan tanggungjawabnya menurut kerajaan yang memerintah atau bukan?
| Jul 21, 2010 12:55:41 pm
Adakah ini sikap yang sepatutnya yang ada pada pemimpin-pemimpin UMNO atau Barisan Nasional, sehingga mengapi-apikan seorang kakitangan awam untuk berperang dengan sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh 1.5 juta rakyat Negeri Pulau Pinang untuk memerintah Negeri Pulau Pinang? Jikalau Nik Ali yang hari ini mengecam Ketua Menteri atau Menteri Besar ataupun mana-mana Menteri UMNO/Barisan Nasional, pastinya Nik Ali sudah digantung jawatannya dengan serta-merta.
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang berasa amat kesal dengan sikap Zainal Abidin Osman, Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang yang secara terbuka mempertahankan Nik Ali Nik Yunus, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang untuk berlawan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini menunjukkan bahawa Nik Ali telah kehilangan sikap berkecuali dan profesionalismenya untuk membawa kemajuan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Jikalau seorang Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang yang bermastautin di Negeri Pulau Pinang tidak tahu masuk kampung ikut adat, maka lebih baik beliau ditugaskan semula oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ke negeri-negeri yang lain atas sebab 1.5 juta rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengalu-alukan khidmat Nik Ali yang asyik berlagak semacam konco UMNO atau Barisan Nasional. Jelasnya, kehadiran Nik Ali serta mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang dalam sidang media yang diaturkan di Ibu Pejabat UMNO Negeri Pulau Pinang serta turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO merupakan suatu konspirasi yang didalangi oleh UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, di mana Nik Ali hanya bertindak di bawah telunjuk pemimpin-pemimpin UMNO tanpa mengambil kira kepentingan rakyat Negeri Pulau Pinang. Jikalau pemimpin-pemimpin UMNO berpandangan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng, gambar kiri) tidak harus menunjukkan ketidakpuasannya terhadap seorang kakitangan awam, maka mereka perlu menasihati Nik Ali supaya bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan bukannya mempertahankan Nik Ali untuk terus mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang. Kita mendesak Nik Ali memberhentikan tindakannya yang biadap dengan serta-merta dan memohon maaf kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Jikalau tidak, DAPSY mencabar beliau supaya meletak jawatannya dengan serta-merta untuk bertanding terus dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam pilihan raya yang akan datang. Jangan asyik hanya tahu terselindung di bawah sarung pemimpin-pemimpin UMNO atau Barisan Nasional sehingga merugikan kepentingan rakyat jelata di Negeri Pulau Pinang.
DAPSY Negeri Pulau Pinang menggesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap Nik Ali yang didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk menahan peruntukan tahunan RM1 juta yang sepatutnya diagihkan kepada Ahli-Ahli Parlimen termasuk mereka yang berlatar-belakangkan Pakatan Rakyat. Penyelewengan kewangan yang turut ada pada projek-projek lain yang dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang juga perlu disiasat oleh SPRM dan tindakan undang-undang yang sewajarnya perlu diambil. *Kenyataan media oleh Ng Wei Aik, selaku Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang. |
No comments:
Post a Comment