Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 24, 2010

Persatuan Serah Memorandum Mengenai Isu Pasir Kepada Sultan Selangor

Tak faham satu saja. Kenapa tak pergi jumpa dahulu? QUOTE : "Sementara itu, katanya ahli JBPPPMS mahu mengadakan satu pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat untuk menerangkan perkara sebenar yang dihadapi mereka." Sebab provokasi Khir Toyo dan Noh tak jalan kah?

SHAH ALAM: Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-Pengusaha Pasir Melayu Selangor (JBPPPMS) hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meminta bantuan baginda menyelesaikan kemelut isu pasir dan masalah yang dihadapi pengusaha pasir Melayudi Selangor.
Pengerusi JBPPPMS Tengku Datuk Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin, berkata memorandum dua muka surat itu diserahkan kepada Tengku Besar Putera Selangor, Tengku Ismail Shah Sultan Hishamuddin Alam Shah untuk disampaikan kepada Sultan Selangor.
"Antara kandungan memorandum yang diserahkan kepada Tuanku termasuklah isu mengenai bayaran royalti tinggi yang dikenakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd kepada pengusaha pasir kerana jumlah royalti yang dibayar pada masa sekarang adalah sebanyak RM6 berbanding RM3 pada sebelumnya.
"Ia juga turut menyatakan kekesalan pengusaha pasir berikutan terdapat beberapa bidang tanah persendirian yang juga ditakrif sebagai tanah rizab Melayu diceroboh oleh pihak tertentu yang mempuyai kepentingan dalam industri pasir ini," katanya pada sidang media di Kelab Shah Alam, Jumaat.
Sementara itu, katanya ahli JBPPPMS mahu mengadakan satu pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat untuk menerangkan perkara sebenar yang dihadapi mereka.
"Kami rasa beliau (Khalid) tidak dibekalkan dengan maklumat yang betul dan tepat kerana terdapat kenyataan yang dikeluarkannya bertentangan dengan apa yang kami maklum (tentang isu pasir)," katanya. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu