Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 24, 2010

Kontraktor Orang Umno, Pembinaan Kuarters MBSA Terbengkalai





Papan tanda kuarters Shah Alam seksyen 20 termasuk pagar zink telah dipasang dari tahun 1996/97 lagi. Apartment Sri Puteri pula telah mula dijual pada tahun 2000 da nkerja telah mula pada tahun 2002 kot. Dua-dua projek betul-betul dekat jalan besar. Apartment Sri Puteri tu dah mula awal tahun ini atas inisiatif Kerajaan Selangor sekarang dan nama pun tukar sedikit jadi SURI PUTERI. Semasa tempoh takde progress sehingga awal tahun ini,tempat tersebut menjadi sarang dan tempat melepak budak-budak sekolah. Di sebabkan ada lobang yang dikorek semasa projek terbiar, ada bebudak ni jadikan kolam renang dan ad beberapa kes nyaris tak lemas. Itu belum lagi tetiba keluar pelajar sekolah berpasangan dari tempat tersebut. Diorang buat apa disitu? Isu ini menjadi perbincangan kami AJK surau Al-Husna tempohari - Alhamdulillah, lega dahstart balik dah - semak mata memandang. Kesian kepada pembeli asal Sri Puteri..... dah 10 tahun beb.....

Kontraktor Orang Umno, Pembinaan Kuarters MBSA Terbengkalai
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan kegagalan sebuah syarikat swasta dalam membina kuartes Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas menerima tender runding terus daripada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).


Projek penswastaan pembinaan kuaters di Seksyen 20 Shah Alam adalah antara lambakan projek terbengkalai warisan pemerintahan kerajaan Umno-BN.
Laporan Ketua Audit Negara 2008 sebelum ini menyenarai projek berkenaan sebagai antara kelemahan kerajaan Selangor ketika masih diperintah Umno BN.

Sebuah syarikat swasta didakwa memperoleh projek tersebut secara rundingan terus dan menganggap syarikat berkenaan tidak layak kerana hanya mempunyai modal berbayar sepuluh ribu sahaja. Syarikat ini juga didakwa mencagarkan dua lot tanah milik MBSA kepada bank dengan nilai RM18.85 juta, kononnya atas alasan untuk menampung kos projek.

“Lagi teruk dari itu bila dah sangkut mereka cagarkan tanah MBSA yang sepatutnya mereka tak dibenarkan cagar,” kata Khalid Samad.

Beliau kesal kerana pemilik majoriti syer syarikat itu adalah orang penting dalam Umno Selangor dan individu itu langsung tidak dikenakan tindakan walaupun kepincangan ini didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara. Kehampaan berikutan kegagalan pembinaan kuarters ini turut dirasai pimpinan Pas Shah Alam. (Bila YB Khalid nak dedahkan nama pemegang saham tersebut?)

“Telah pun tidak dapat melaksanakan projek ini dengan baik dan terpaksa meminta bantuan dari pihak majlis ketika itu iaitu pada 2005,” kata Timbalan Yang Dipertua Pas PAS Shah Alam, Azli Yusof.

No comments:

Cerita Dolu Dolu