Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 20, 2010

Kementerian Pengajian Tinggi akan wujud dasar pendidikan hijau

Apa itu KELESTARIAN - Tarian ada Keles?. 
Pendidikan atau pengajian Alam Sekitar harus dimulakan lebih awal di peringkat rendah atau menengah kerana apa yang diperhatikan lepasan sekolah atau kolej tidak menitik beratkan kebersihan terutama yang menjurus kepada pemuliharaan alam sekitar. Apakah EMS - ISO14000 (Sistem Pengurusan Alam Sekitar) boleh diguna pakai sebagai asas pembelajaran? atau Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974? Pada saya pemahaman termasuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) boleh diadaptasi kedalam kurikulum pelajaran Alam Sekitar. Koloborasi dengan syarikat-syarikat yang ada di Malaysia boleh dimanfaatkan untuk mempelajari Teknologi hijau. 


KUALA TERENGGANU - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini dalam proses mewujudkan dasar dan strategi pendidikan hijau untuk dijadikan panduan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha menjayakan strategi alam sekitar dan teknologi hijau di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dasar itu diwujudkan untuk memenuhi dua objektif utama iaitu meningkatkan lagi program pengajian alam sekitar yang telah diwujud di IPT.

Katanya, selain itu ia bagi membantu kerajaan untuk melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) di mana satu daripada tiga prinsip MBE itu ialah kelestarian.

"Yang dimaksudkan Dasar Pendidikan Hijau ini ialah supaya pengukuhan mata pelajaran pengajian alam sekitar selain beberapa perkara lain yang sedia ada," kata beliau.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Aziyah Mohamed dan Naib Canselor UMT, Prof Aziz Deraman.

Saifuddin berkata, kementerian itu dalam proses menyiapkan dasar berkenaan yang akan dilaksana secepat mungkin sebelum MBE yang akan diumumkan pada Oktober ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, semua IPT telah mempunyai sejumlah kursus yang merujuk kepada kefahaman terhadap ketatanegaraan dan patriotisme dan tidak perlu lagi ada satu mata pelajaran baru mengenai perlembagaan diadakan, yang tidak semestinya diajar sebagai satu mata pelajaran.

Beliau berkata, setiap universiti ada kursus wajibnya yang menyediakan segala perkara yang asas tentang kenegaraan, sebagai mengulas kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan supaya mata pelajaran perlembagaan diwujudkan di Sekolah dan IPT bagi menjaga kepentingan hak istimewa orang Melayu.

Sementara itu Universiti Teknologi Petronas (UTP) muncul sebagai juara dalam Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar peringkat IPT ke-20 yang bertajuk Penguatkuasaan Undang-Undang Lebih Berkesan Daripada Pemantapan Kesedaran Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar.

No comments:

Cerita Dolu Dolu