Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 20, 2010

Taek Jho Low jutawan Malaysia bersama selebriti Paris Hilton


Berita dipetik dari KOSMO! Online. AMK dah lama hilite fasal dia nih semenjak kecoh fasal Airport TUDM Sg Besi nak dikomersilkan

GAMBAR yang beredar di Internet menunjukkan Taek Jho Low (kanan) bersama penyanyi Usher pada parti sambutan Tahun Baru pada 31 Disember 2008 di Las Vegas.


NEW YORK – Beberapa laman web selebriti mendedahkan bahawa jutawan yang bersama dengan selebriti Paris Hilton di Paris ialah Taek Jho Low. Beberapa laman web termasuk majalah OK! melaporkan Jumaat lalu, Paris menjalani sesi fotografi di atas sebuah bot di Paris dengan memakai baju seksi berwarna merah jambu. Selebriti itu berada di Paris bersama adiknya, Nicky Hilton semasa sesi fotografi tersebut.
Menurut majalah OK!, jutawan Malaysia itu dilabelkan sebagai seorang lelaki misteri dan dia dilaporkan membelanjakan sejumlah besar wang di kelab-kelab di seluruh dunia.
Sebelum ini, Paris menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan dengan menaiki sebuah jet peribadi dari London dengan rombongan jutawan Malaysia. Siapakah jutawan Malaysia itu yang mendapat perhatian majalah dan laman-laman selebriti di Barat? Pada 8 November 2009, akhbar New York Post melaporkan kehadiran Low, berusia 20-an, yang merupakan lulusan Sekolah Perniagaan Wharton di Philadelphia, AS di kelab-kelab malam di New York dengan membelanjakan ribuan dolar dalam tempoh tiga bulan.
Low mendapat tumpuan akhbar itu apabila dia bersama dengan beberapa selebriti seperti penyanyi P. Diddy berada di sebuah lokasi terkenal di bandar raya ini. Akhbar itu turut melabelkan Low sebagai seorang lelaki misteri dari Malaysia. Menurut akhbar itu, Low yang bertubuh gempal dan berkaca mata dilaporkan pernah menghantar 23 botol minuman keras Cristal kepada pelakon Lindsay Lohan bagi meraikan hari lahirnya.
Pemilik kelab Pink Elephant di 27th Street, New York, David Sarner berkata kepada akhbar itu, Low selalunya membelanjakan AS$50,000 (RM161,150) hingga AS$60,000 (RM193,380) semalam. Menurutnya, Low pernah menerbangkan lapan pelayan kelab itu untuk menghadiri satu parti di Malaysia. Menurut akhbar itu, Low pernah meraikan ulang tahun kelahirannya dalam satu parti mewah di Las Vegas manakala pelakon Megan Fox dilaporkan diterbangkan untuk menghadiri parti tersebut.
Akhbar New York Post melaporkan, adalah amat ganjil kerana tidak banyak maklumat mengenai lelaki yang mendapat perhatian meluas itu. Menurut akhbar itu, berdasarkan biografi rasmi lelaki tersebut, dia berkhidmat sebagai penasihat untuk beberapa syarikat antarabangsa. Namun, apabila pihak New York Post cuba menemu bual pakar-pakar Malaysia seperti kumpulan pemikir Majlis Hubungan Asing, nama Low tidak pernah didengari.
Menurut sumber-sumber akhbar itu, Low tinggal di sebuah apartmen yang mempunyai kadar sewa AS$100,000 (RM322,300) sebulan di Park Imperial yang merupakan lokasi penginapan pelakon James Bond, Daniel Craig dan P. Diddy. Dia tidak akan pergi ke mana-mana kecuali ditemani oleh seorang pengawal keselamatan.
Pada 24 Mac lalu, akhbar New York Post melaporkan Low membayar AS$33 juta (RM106.35 juta) untuk sebuah penthouse di 1 Central Park West yang mencatatkan rekod jualan di New York.
Bilionair AS, Donald Trump membeli apartmen itu pada harga AS$5 juta (RM16.11 juta) pada 1997 sebelum menjualnya setahun kemudian pada harga AS$10.4 juta (RM33.51 juta) kepada penerbit filem Itali, Vittorio Checchi Gori. Akhbar itu melaporkan Low membeli penthouse itu menerusi sebuah syarikat.
Pada 1 Julai lalu, akhbar New York Post melaporkan bahawa lelaki misteri itu telah meninggalkan apartmen di Park Imperial menuju ke sebuah lokasi yang tidak diketahui. Namanya itu kemudian mendapat tempat sekali lagi di majalah dan laman selebriti Hollywood selepas dia dilaporkan berada bersama dengan Paris. – Agensi

No comments:

Cerita Dolu Dolu