Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, July 19, 2010

MCA Yakin Manfaat Penyelarasan Subsidi Untuk Rakyat


Bahasa mudah :
1 - Biasa beri duit belanja pada anak RM10.00 tetapi sebab pendapatan mungkin? merosot, belanja terpaksa dikurangkan menjadi RM5.00 sahaja. - LOGIK jugak tu..... cuma masalahnya belanja dikurangkan sebab ayah nak tukar sport rim baru. Jadi penjimatan paksaan keatas si anak bukanlah kerana susutnya pendapatan tetapi untuk memenuhi nafsu si ayah. 
2 - Disebabkan pencuri kerap masuk dalam rumah jadi untuk mengelakkan brang dicuri buang semua barang dirumah. Jika pasang CCTV atau alat penggera mungkin akan menyebabkan alat penggera pula dicuri. Jadi keadaan lebih selamat jika barang tiada.
3 - Kesimpulannya, seisi keluarga kena belajar ikat perut supaya boleh berjimat. 

Keliru? Begitulah kelirunya saya....... Sebagaimana tiba-tiba DS Rosmah minta Kementerian Kewangan buat Wisma Wanita disetiap negeri. Tiada beza dengan bapa yang sudah merancang potongan perbelanjaan untuk menukar sport rim keretanya.


KUALA LUMPUR: MCA percaya penjimatan daripada penyelarasan subsidi yang dilaksana kerajaan berkuat kuasa Jumaat lepas akan kembali kepada rakyat. Timbalan Presidennya, Datuk seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan mengambil langkah tersebut bagi memastikan kemakmuran negara berkekalan untuk generasi akan datang. 
"MCA menyokong langkah penyelarasan subsidi untuk bahan api dan gula sebagai sebahagian usaha kerajaan mengurangkan defisit dan menumpukan hasil pendapatan bagi membantu rakyat yang memerlukan. "Langkah ini juga perlu untuk membendung penyeludupan sumber kita ke negara jiran. Subsidi adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang miskin tetapi ramai rakyat asing turut menikmatinya," katanya dalam satu kenyataan, di sini Ahad.
Justeru kata Liow, rakyat negara ini harus bersedia untuk menerima perubahan tersebut yang memerlukan masyarakat mengubah cara hidup. "Perubahan ini tidak dapat dielakkan namun ianya akan dilakukan secara beransur-ansur agar tidak menjejaskan perniagaan atau membebankan pengguna," katanya. Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional juga akan terus menumpukan kepada kebajikan rakyat dalam melaksanakan polisinya. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu