Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, July 18, 2010

Melayu hilang kuasa pada PRU-13?

MUFTI PERAK TAKUT JADI MACAM KAT PENANG. NEGERI LAIN MENTERI BESAR MASIH MELAYU.


HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam.




IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri. (KAH KAH KAH)

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

6 comments:

muhammadazharalias said...
This comment has been removed by the author.
muhammadazharalias said...

Nampaknya hujjah Harussani Zakaria sgt lemah, macam biasa disokong dengan persepsi umno. Tabik 2 belah tangan!

Malangnya kenyataan yg pernah dikeluarkan YAB PM yang mengatakan PAS kena hormat UMNO kerana kekuatan UMNO adalah keterlaluan.Bahasa dan nada YAB Dato’ Sri Najib adalah nada dan bahasa orang yang lemas, nada orang yang semakin lemah dan bahasa orang yang tersepit. Kerjasama PAS-UMNO bukan kerana melayu lemah; telah membatalkan segala hujah Harussani. Statistik tidak berbohong.

Dari segi strategi kenyataannya ini tidak akan menguntung UMNO kecuali UMNO kelihatan semakin terpinggir. Demi sokongan bukan Melayu, banyak konsensi di beri kepada mereka di bawah slogan 1Malaysia. Demi sokongan Melayu, 40 ulama aliran ‘salafi’ diisytiharkan masuk UMNO, orang Melayu aliran agama secara tradisional pun keluh-kesah dengan golongan ini, apa lagi bagi non muslim.

Beli kapalselam ada masalah tak boleh menyelam banyak skandal yg belum terjawab, engin jet pejuang pun boleh hilang, FELDA ada masalah kewangan tunai walaupun tidak bangkrap. Itulah tanda-tanda pemimpin yang hendak jatuh!

Antara kelainan struktur PAS dan UMNO ialah peranan pemimpin mereka, dalam UMNO semuanya berpusat pada presiden parti. Hancur presidennya hancurlah UMNO. Berlainan dengan PAS, penyokongnya mungkin tidak menyokong presiden tetapi menyokong Mursyidu am, mereka tidak setuju dengan kedua mereka tetapi menyokong pemimpin lain, termasuk pemimpin rendahan.

Kesian UMNO , selepas demikian lama berkuasa . Ianya telah diserang sindrom saraf yang semakin lumpuh. Apa tidaknya keputusan survey yang dijalankan oleh badan bebas umpama Merdeka Research Centre yang menyatakan sokongan rakyat terhadap PM semakin meningkat yang sepatutnya mengembirakan ahli UMNO telah dilihat oleh sebahagian ahli UMNO sebagai gula-gula untuk melalaikan UMNO dalam fantasi!

Yang sebenarnya marilah kita pastikan kita tidak termakan dgn dakyah sempit ulama umno ni.

muhammadazharalias said...

Strategi PAS:

- Tumbangkan fahaman UMNO dan kerajaan BN yang zalim dan menjadi penghalang kepada keadilan Islam diterjemahkan.
- Wujudkan “level-playing field”
- Dakwah Islam akan tersebar luas tanpa pengobses UMNO yang selalu menggunakan pihak istana.
- Islam yang tidak mendeskriminasi kaum akan diterima oleh orang bukan Islam.
- Keadilan Islam ditegakkan dengan hancurnya politikus korup dan zalim seperti UMNO

Strategi UMNO:

- Bila berkuasa – harta ini ana yang punya!
- Bila berkuasa – Vincent Tan dan Ananda Krishnan kawan yang mulia
- Bila berkuasa – kutuk hukum Allah, hilang tangan lah, habis batu lah…
- Bila berkuasa – tanah rezab melayu pun bagi kat tokey cina.
- Bila berkuasa – hancurkan PAS , Parti Ajaran Sesat
- Bila berkuasa – kalau PAS naik, tiang elektrik akan dicabut, Malaysia jadi negara taliban <—apa punya alasan daa…

- Bila hilang kuasa – PAS oh kekasih hatiku. Lupakan duka lama, Marilah bersatu.
- Bila hilang kuasa – Melayu ,mari bersatu hancurkan kuasa politik cina dan india.
- Bila hilang kuasa – PAS sudah tidak Islamik, UMNO parti Islam (kecuali bab judi)

Banyak kes PAS ditikam UMNO..jadi PAS has learnt its lessons. Setakat ni sekafir-kafir DAP belum lagi tikam PAS. DAP tak kata pun tak nak negara Islam cuma kapal singh aje. Kita boleh terangkan. Tapi kalau sikap khianat dan munafik macam Abdullah bin Ubai memang hanya Allah lah yang akan menghukum. Nabi pesan orang Islam jangan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama.

Masaalahnya UMNO sudah patuk PAS banyak kali. Antara kes khianat UMNO terhadap PAS

Among others:

1. Sewaktu dalam kerajaan campuran.
2. Kes Memali
3. Kes Ops Lalang
4. Husam, Nik Aziz dan PAS ditikam oleh Syed Azidi.
5. Rampasan kuasa Perak

Selagi UMNO khianat dengan Islam selagi tu ianya akan ditolak dari muka bumi Allah ini.

Kalau UMNO tak faham jugak biarlah…hidayah turun dari Allah. Aku seru orang UMNO tinggalkan fahaman nasionalis dan kembali kepada fitrah. Islam adalah nikmat kepada semua manusia , tak kira bangsa. Islam membawa rahmat kepada jin dan manusia, orang islam dan kafir. Tetapi jika pemerintah yg bertopengkan islam dibiarkan berkuasa…tunggulah bala Allah. Duk sibuk pertahan nama Allah tapi selamba dek je main-mainkan hukum Allah.

muhammadazharalias said...

"MUNGKIN BAGI SESETENGAH ORANG MELAYU TERUTAMANYA PENYOKONG UMNO SKRG MESTI TENGAH MEROYAN SEBAB BANYAK PERSOALAN TAK TERJAWAB YA TAK DAN APA YG DITAKUTKAN ADALAH KEHILANGAN KUASA??? TETAPI...ADA TAPINYA

SEBENARNYA KITA ORANG MELAYU BOLEH AMBIL KESEMPATAN DIATAS PERUBAHAN NI. KITA KENA TENGOK DARI SUDUT YANG POSITIF.

POSITIF YANG AKU MAKSUDKAN ADALAH KALAU DULU ORANG MELAYU HANYA MENGUASAI SATU PARTI JE IAITU UMNO TAPI SEKARANG ORANG MELAYU BERKUASA DALAM TIGA PARTI YANG BERBEZA IAITU UMNO, PAS DAN PKR.

WALAUPUN PKR ADA CAMPUR SEDIKIT NGAN ORANG CINA DAN INDIA TAPI MAJORITINYA DAN KETUANYA MASIH ORANG MELAYU. BETUL TAK YANG AKU CAKAP?

CUMA SYARATNYA KITA PERLU BERSATU PADU & IKHLAS MENJALANKAN AMANAH. MEMANG ELOK SEBENARNYA ADA YANG MEMBANGKANG BARULAH ADA PERUBAHAN SEBAB BUKAN SEMUANYA YG UMNO CAKAP DAN BUAT TU BETUL. SO PAS DAN PKR BOLEH TEGUR 'SAUDARA' SENDIRI DAN UMNO PERLULAH BERUBAH DAN MULA BERLEMBUT DENGAN SAUDARA SENDIRI DEMI BANGSA MELAYU.

muhammadazharalias said...

Kalau ada ulama yang boleh dikategorikan sebagai pelacur, namanya ialah Harussani Zakaria. Beliau adalah "pelacur" kelas atas untuk UMNO.

Akidah Harussani adalah Nasionalisma Melayu yang Sekular, dan bukannya Islam. Beliau bukan pejuang Islam. Beliau adalah UMNO dan beliau berjuang untuk UMNO dan sekularisma.

Beliau telah melacurkan diri dan ilmu beliau untuk UMNO dan menyokong semua kezaliman UMNO.

Inilah dia contoh terbaik ulama As Suqq dan ulama ayam daging UMNO.

Nampaknya hujjah Harussani Zakaria sgt lemah, macam biasa disokong dengan persepsi umno. Tabik 2 belah tangan!

Malangnya kenyataan yg pernah dikeluarkan YAB PM yang mengatakan PAS kena hormat UMNO kerana kekuatan UMNO adalah keterlaluan.Bahasa dan nada YAB Dato’ Sri Najib adalah nada dan bahasa orang yang lemas, nada orang yang semakin lemah dan bahasa orang yang tersepit. Kerjasama PAS-UMNO bukan kerana melayu lemah; telah membatalkan segala hujah Harussani. Statistik tidak berbohong.

Dari segi strategi kenyataannya ini tidak akan menguntung UMNO kecuali UMNO kelihatan semakin terpinggir. Demi sokongan bukan Melayu, banyak konsensi di beri kepada mereka di bawah slogan 1Malaysia. Demi sokongan Melayu, 40 ulama aliran ‘salafi’ diisytiharkan masuk UMNO, orang Melayu aliran agama secara tradisional pun keluh-kesah dengan golongan ini, apa lagi bagi non muslim.

Beli kapal selam ada masalah tak boleh menyelam banyak skandal yg belum terjawab, engin jet pejuang pun boleh hilang, FELDA ada masalah kewangan tunai walaupun tidak bangkrap. Itulah tanda-tanda pemimpin yang hendak jatuh!

Antara kelainan struktur PAS dan UMNO ialah peranan pemimpin mereka, dalam UMNO semuanya berpusat pada presiden parti. Hancur presidennya hancurlah UMNO. Berlainan dengan PAS, penyokongnya mungkin tidak menyokong presiden tetapi menyokong Mursyidu am, mereka tidak setuju dengan kedua mereka tetapi menyokong pemimpin lain, termasuk pemimpin rendahan.

Kesian UMNO , selepas demikian lama berkuasa . Ianya telah diserang sindrom saraf yang semakin lumpuh. Apa tidaknya keputusan survey yang dijalankan oleh badan bebas umpama Merdeka Research Centre yang menyatakan sokongan rakyat terhadap PM semakin meningkat yang sepatutnya mengembirakan ahli UMNO telah dilihat oleh sebahagian ahli UMNO sebagai gula-gula untuk melalaikan UMNO dalam fantasi!

Yang sebenarnya marilah kita pastikan kita tidak termakan dgn dakyah sempit ulama umno ni.

mahaza said...

Apabila Melayu = Islam, Islam = Melayu - jadilah masalh sebegini.... walhalnya allah tidak memilih Bangsa Arab atau Bangsa Ajam tetapi keimanannya.
Buruknya Perlembagaan(?) apabila Islam = Melayu jadilah masuk Islam = masuk Melayu..... Assobiyah

Cerita Dolu Dolu