Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, July 19, 2010

ISU NUKLEAR - BETUL KE BELUM MUKTAMAD?


Harap benarlah belum muktamad. Jangan tiba-tiba semua telah selesai dirundingkan (dalam gelap) dan tiba-tiba dimaklumkan akan mendapat pendapat orang ramai YANG SEBENARNYA LANGSUNG TAK DIAMBIL KIRA. Lihat kes realisasi SUBSIDI - dok cerita akan mengambil kira pendapat ramai (tapi dah potong dah); Isu JUDI BOLA - dolak-dalik juga.


Isu Nuklear: Kerajaan Belum Muktamad

Kerajaan akan membuat keputusan muktamad mengenai pembangunan teknologi nuklear sebagai pilihan penjanaan elektrik negara selepas mengambilkira hasil kajian yang dibuat dalam menyediakan Pelan Pembangunan Infrastruktur Tenaga Nuklear (NPIDP) yang dijangka siap pada 2013. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata bagi menghasilkan pelan itu kementerian bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknolgi dan Inovasi serta agensi berkaitan bagi menjalankan kajian yang diperlukan untuk mengukur tahap kesediaan dan kemampuan negara.
"Antara aspek yang akan diambil kira dalam pelaksanaan kajian-kajian itu ialah pembangunan sumber manusia, perundangan dan kawal selia, pengenalpastian lokasi dan pembangunan teknologi dan industri," katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar yang meminta kerajaan menyatakan pencapaian negara dalam bidang teknologi dan tenaga nuklear terkini serta rancangan masa hadapan, dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, di sini hari ini.
Dalam melaksanakan kajian berkaitan aspek pembangunan sumber manusia, tahap keupayaan sumber manusia sedia ada dan yang diperlukan bagi menyokong pembangunan kuasa nuklear akan dikenalpasti dan dinilai, katanya. Strategi dan pelan tindakan pembangunan akan dirancang bagi memenuhi jurang yang wujud termasuk untuk melahirkan sumber manusia yang mencukupi dan kompeten serta melahirkan lebih ramai saintis dan pakar teknologi nuklear.
"Kita sebenarnya telah mempunyai keupayaan sumber manusia dalam bidang nuklear, namun jumlah dan keupayaannya perlu ditingkatkan untuk menyokong pelaksanaan program pembangunan kuasa nuklear," katanya. Beliau berkata kajian mengenai pengenalpastian lokasi sesuai untuk pembangunan reaktor nuklear sedang dilaksanakan dan akan mengambilkira ciri-ciri seperti kepadatan penduduk, alam sekitar, hidrologi, seismik, tektonik dan geomografi.

No comments:

Cerita Dolu Dolu