Gempa bumi di Sumatera, gegaran dirasai di Pantai Barat Semenanjung KUALA LUMPUR - Gempa bumi pada magnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di utara Sumatera, Indonesia pagi ini dan gegarannya turut dirasai di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Gempa bumi itu berlaku 10.11 pagi, berpusat di 40km tenggara Padang Sidempuan, Indonesia dan 307km tenggara Klang, Selangor. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Wilayah Persekutuan Azizan Ismail berkata pihaknya menerima beberapa panggilan daripada pengurus bangunan di sekitar ibu negara yang memaklumkan berlakunya gegaran kecil. Antaranya bangunan yang menempatkan bank, hotel dan beberapa pangsapuri, katanya. Turut merasai gegaran kecil ialah ibu pejabat bomba Kuala Lumpur di Jalan Maharajalela, katanya dan menurutnya pihaknya menasihatkan pihak pengurusan bangunan membuat pemeriksaan sendiri. Beliau dimaklumkan pengurus bangunan juga tidak meminta penghuni untuk mengosongkan bangunan. Pihak bomba akan memantau perkembangan tersebut melalui maklumat terkini Jabatan Meteorologi, katanya. |
Lelaki pandu kereta tidak sengaja langgar bekas teman wanita
13 minutes ago
No comments:
Post a Comment