Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, July 24, 2010

Kaji Punca Berlakunya Kes Pembuangan Bayi Secara Mendalam

Semenjak dah berfesyen ni Ustazah Mashitah dah tak faham agaknya. Selain keluarga tiga perkara pokok kena betulkan dahulu - Dasar Pelajaran (terutama Pendidikan Islam - jadi pelajaran wajib sehingga epringkat Universiti -SAR pun kena tarik camana?) Dasar Hiburan - konsert 24 jam? Bangang ke apa.... Konsert waktu Maghrib? Dasar Belia - bukan dasar bercampur gaul dan keseronokan sahaja. Mana pergi Rakan Masjid? hidup segan mati tak mau?
KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata isu pembuangan bayi yang semakin menular dalam masyarakat ketika ini perlu dikaji secara mendalam dengan mencari punca utama kenapa kes tersebut berlaku.
Beliau berkata dengan hanya menyediakan tempat untuk bayi-bayi terbuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan menyelesaikan masalah tersebut sebaliknya lebih banyak usaha perlu dilakukan melalui pendekatan agama dan pengukuhan institusi keluarga.
"Seperti masalah gatal pada kulit, ia tidak mencukupi hanya dengan menyapu minyak pada bahagian yang gatal, sebaliknya kita mesti tahu kenapa kita menghadapi masalah tersebut sama ada melalui pemakanan dan begitu juga masalah bayi ini kenapa ia berlaku," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada program sesi bersama pemimpin, perpaduan 1Malaysia di sini, Jumaat.
Katanya kes pembuangan bayi semakin serius sejak akhir-akhir ini dan ia merupakan antara masalah utama dalam masyarakat ketika ini selain masalah penceraian rumah tangga.
Menurutnya peranan institusi keluarga yang menjadi asas utama dalam membentuk sebuah mesyarakat yang lebih maju dan bertamadun perlukan perhatian khasnya yang melibatkan pendidikan awal akhlak anak-anak.
Mashitah berkata gaya hidup dalam sesebuah keluarga banyak mempengaruhi cara pemikiran anak-anak hari ini kerana mereka akan lebih mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang tua mereka sendiri sama ada ia perbuatan yang baik mahupun sebaliknya. -BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu