Keluarga tuntut ganti rugi RM250,000

Menurut Mansor Zainol, 43, tuntutan itu adalah bagi dirinya dan empat ahli keluarganya yang mendiami rumah itu dan kini trauma akibat kejadian tersebut.
Katanya, dia juga akan menuntut supaya syarikat itu serta dua syarikat kuari lain memberi perlindungan insurans kepada penduduk kampung itu bagi menjamin keselamatan mereka.
“Sejak kejadian itu kami takut untuk tinggal di dalam rumah kerana bimbang letupan dari kuari berhampiran akan menerbangkan lagi batu ke arah rumah kami.
“Kami seolah-olah tinggal di medan perang kerana sentiasa bimbang setiap kali terdengar letupan batu dari kuari,” katanya.
Tambah Mansor, kejadian itu juga telah menjejaskan sambutan Hari Raya Aidiladha semalam kerana mereka masih terkejut dan rumah pula rosak.
Katanya, selepas kejadian kelmarin, beberapa anggota polis telah datang ke rumahnya bagi menjalankan siasatan berikutan satu laporan yang dibuatnya di Balai Polis Kubang Semang.
No comments:
Post a Comment