Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 16, 2010

NI ANAK SETAN. . . MELAYU PUN TAK JAUH BEZA DAH. . .

Anak cungkil mata ibu

LONDON: Seorang pemuda ditahan kerana disyaki cuba merogol ibunya dan mencungkil mata wanita itu tidak lama selepas polis memeriksa kediaman mereka.
Mangsa, 53, hilang deria penglihatan akibat kejadian itu.


Pemuda berusia 22 tahun itu ditahan ketika melarikan diri dari rumah dalam keadaan berbogel sambil melompat di atas kereta.

Dua jam sebelum itu beberapa pegawai polis memeriksa kediaman dua beranak itu selama 30 minit selepas menerima aduan jiran bahawa pemuda itu melontar objek seperti komputer dan televisyen ke luar rumahnya. Pemuda itu tinggal bersama ibunya, seorang jururawat dan adik perempuannya di kediaman empat bilik di Slough, Berkshire. Dua jam kemudian, pemuda itu berlari keluar dari rumah dalam keadaan berbogel dan melompat ke atas kereta jiran yang membelok di simpang jalan.


Seorang saksi berkata, pemuda itu melompat dari sebuah kereta ke kereta lain sebelum dirempuh hingga melambung lalu tercampak di tepi jalan. Polis mendapati ibunya mengalami kecederaan di mata dan kemungkinan diserang secara seksual. - Agensi

No comments:

Cerita Dolu Dolu