Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 15, 2010

NAK KAWEN GUNA DUIT SENDIRI.... Kecik pun takpe....

Aktiviti perhubungan awam PKNS pula dibekukan
Nov 14,
Kongsi 16
Ekoran dakwaan salah guna kuasa, termasuk menaja jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara, kerajaan Selangor membekukan semua aktiviti yang membabitkan Jabatan Perhubungan Awam, Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS).

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pembekuan itu berkuatkuasa sehingga laporan penuh audit siap, dijangka akhir bulan ini. 

"Dengan keputusan ini, Jabatan Perhubungan Awam PKNS diarah supaya melaporkan kepada Pejabat Menteri Besar sebelum mengadakan sebarang aktiviti termasuk membuat keputusan-keputusan penting.

"Langkah ini untuk memastikan setiap aktiviti akan dipertimbangkan secara teliti dari aspek kepentingan, keperluan dan belanjawan sebelum dilaksanakan," katanya.

Menurut Khalid, jabatan itu dijangka berjalan seperti biasa sebaik laporan audit diterima dan keputusan mengenainya diumumkan.

Pada 10 November lalu, Khalid menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan ADUN Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam penajaan majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Khalid yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat).

Media melaporkan, jumlah tajaan oleh anak syarikat kerajaan negeri itu sebanyak RM520,000.

2 comments:

Melayu Kena Sokmo said...

Apa yang dok tatang macam minyak yang penuh angkasawan ciplak (tarik tocang) ni? Kalau zaman Pak Lah tak apa jugalah, konon nak kan nama bahawasanya di zaman pemerintahannya ada kemampuan melahirkan angkawawan (makan angin sejauh 270KM dari bumi aje). Naik ke angkasa nak buat kajian barah konon... di bumi tak ada ruang untuk bebas-graviti ke? Kalau begitu setiap pesakit nanti kenalah bawa ke angkasa? Begitulah kalau manusia dunia ke-3, nak berlagak menjadi manusia dunia pertama akhirnya seperti cerita katak di bawah tempurung. Rakyat di negara ini masih ramai yang tidur di bawah jambatan dan berselimutkan awan. Bilakah bangsa aku nak sedar keseluruhannya, bahawa pemimpin mereka sekarang ini tak habis-habis membodohkan, mengkhianati amanah, menindas, mengambil hak rakyat, joli duit rakyat, asyik menipu rakyat, meniaga dengan rakyat dan akhir sekali memecah belahkan rakyat supaya parti mereka mendapat undi dari perpecahan dan ketakutan tersebut. Bodoh..! Bodoh! Bodoh! Bodoh! Bodoh dan Banggang, sampai ke liang lahat.

mahaza said...

Sabar... sabar.... jangan camtu... tak baik... nanti tak panjang umur perkahwinan dorang, kesian lah pulak....

Ada cerita (gosip ni...) kata Sheikh Muzaffar tu bukan pilihan utama tapi sebab nakkan Melayu gak.... habih duit rakyat untuk beli Sukhoi punya pasal....

Cerita Dolu Dolu