Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 23, 2011

DULU MBSA SELALU TARIK TU TAK IKUT AKTALAH YA?


Adakah kenyataan tersebut khusus untuk P.Pinang sahaja (warna merah dibawah)? Rasanya tidak. walaupun tak pernah kena tarik, apakah mereka yang pernah kena tarik kereta oleh MBSA dan dibawa ke Seksyen 17 dahulu saman MBSA kembali sebab mengambil tindakaan tidak menurut akta JPJ atau zon-zon tunda sepatutnya tidak ujud samada di Shah Alam mahupun di KL? Kalau MBSA kena saman balik - kerajaan negeri sekarang memang akan jadi mangsa la.....

Kerajaan negeri sambut baik pindaan akta pengangkutan jalan

February 22, 2011
GEORGE TOWN, 22 Feb — Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menyambut baik penguatkuasaan pindaan Akta Pengangkutan Jalan yang kini member kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengepit dan mengalihkan kenderaan yang menghalang lalu lintas.
Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar negeri Chow Kon Yeow berkata, pindaan Seksyen 48(2) Akta Pengangkutan Jalan itu membolehkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengambil tindakan tegas terhadap pesalah trafik untuk menangani masalah kesesakan trafik di pusat bandar terutama di sini.
Chow dalam satu kenyataannya berkata, bagaimanapun satu kempen kesedaran mengenai pindaan undang-undang itu perlu dilakukan dahulu sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.
Baru-baru ini, Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang telah diluluskan pada hujung tahun lepas telah dikuatkuasakan mulai 1 Febrauri ini.
Akta itu mengandungi 50 pindaan dan bidang baru dijangka dikuatkuasakan sepenuhnya hujung Mac nanti dan antaranya ialah memberi kuasa kepada Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis dan PBT untuk mengalih dan mengepit serta menahan kenderaan yang mengganggu lalu lintas.
 — Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Kereta i pun pernah kena tarik dek MBSA depan Maybank SA tu .Dekat RM 400.00 melayang . Dah lah kita susah sangat masa tu . mmg sedih betullah.

misa

mahaza said...

Adakah boleh saman balik MBSA sebab akta baru saja diluluskan? Itu yang musykil hak menarik kereta itu dibawah kerajan tempatan kah atau dibawah Akta Pengangkutan Jalan?

Cerita Dolu Dolu