Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 23, 2011

SELEPAS ISNIN BERAPA BAKI? Aku bukan salah seorang KAH KAH KAH

Sebanyak 18 Juta Saman Kesalahan Lalu Lintas Belum Dijelaskan - Solah
PUTRAJAYA: Sebanyak 18 juta saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan sejak tahun 2000 hingga 2009, belum dijelaskan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan berkata semua saman itu dikeluarkan JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Daripada jumlah itu, PDRM mencatat jumlah saman tertunggak paling tinggi iaitu 15.6 juta, DBKL (1.8 juta saman) dan JPJ (608,070).
Sehubungan itu, Solah menasihati orang ramai supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk menyelesaikan saman tertunggak dan menikmati kelonggaran yang akan berakhir Isnin depan.
"Masalah tempat pembayaran tidak boleh timbul kerana saman polis dan JPJ boleh juga dibayar di lebih 600 pejabat pos di seluruh negara manakala. Jangan hanya tertumpu di ibu pejabat JPJ atau Ibu pejabat Polis Daerah untuk membayar saman," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.
Beliau turut memaklumkan sepanjang tempoh 11 hingga 17 Februari lepas, sejumlah 1,227 saman JPJ telah dijelaskan, PDRM sebanyak 113,447 dan DBKL (35).
Dalam perkembangan berkaitan, Solah berkata kadar baru kompaun bagi kesalahan lalu lintas yang berkuat kuasa pada 1 Mac depan, akan diseragamkan di ketiga-tiga agensi.
Beliau berkata kadar itu terpakai bagi kesalahan pada atau selepas 1 Mac, dan pesalah yang disaman JPJ serta PDRM akan disenarai hitam daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen.
"Di bawah Akta JPJ yang baru, senarai hitam ini hanya untuk JPJ dan polis. Buat masa ini, mekanisme ini belum ditetapkan untuk DBKL serta jabatan dan agensi penguatkuasaan lain," katanya yang tidak menolak kemungkinan pesalah trafik akan turut disenaraihitamkan jika saman jabatan dan agensi berkenaan tidak diselesaikan.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan kadar baru bagi empat kategori kesalahan dengan kompaun minimum RM40 dan maksimum RM300 bagi kelas kenderaan jenis motosikal 250cc dan ke bawah, serta kelas semua jenis kenderaan lain. - BERNAMA

2 comments:

Isa said...

Wooiii... Kera.. kera.. jaan dah sesak duit tu.....

kah..kah...kah....

mahaza said...

ISA,
Baru aku perasan - kat FB ngan Tweet ada maklumkan.
IPD Shah Alam telah berpindahke seksyen 9 (Sebelah IPK) dan bukan lagi di seksyen 11. Semalam dan rasanya sebelum itu pun ramai terkena. Pi Seksyen 11 - huh? Takde orang bayar saman? huh best nyer....
Tapi setakat semalam la... tak ramai sangat. Pi kul 8:30, belum 9:30 dah selesai. Jadi pada yang belum bayar saman tertunggak eloklah selesaikan hari ini dan esok.
Utk kes speed ada diskaun dari 300 - 70. Kalau kes-kes lain ada yang cuma 50% - 150. Tapi kalau kes-kes OPS SIKAP, tarak diskaun.
Boleh check di laman web PDRM/JPJ atau MYEG untuk info terkini saman anda.

Cerita Dolu Dolu