SUMBER = SINAR HARIAN
SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Abdul Rahman Palil menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Exco yang menjaga portfolio hal ehwal Islam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali menyiasat penyelewengan dana masjid.
Menurutnya, penyelewengan dana tersebut berlaku di salah sebuah masjid di Klang dan dipercayai wang dikeluarkan secara boros tanpa mempunyai garis panduan yang ditetapkan.
“Duit jemaah dan simpanan masjid yang digunakan mencecah RM200,000 dalam masa tidak sampai setahun.
“Difahamkan nazir dan bendahari tiada sefahaman dan tiada sebarang mesyuarat dilakukan serta penyata akaun tidak diaudit.
“Semasa Selangor di bawah BN dahulu, nazir hanya boleh mengeluarkan wang RM500 dalam satu-satu masa atas kuasa dan sekiranya lebih, mesyuarat perlu diadakan,”katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Baguslah kalau macam tu - tapi kalau YBK pun pelik semacam, malas nak komen
Ujar ADUN Sementa itu lagi, penyelewengan tersebut yang antara lain merupakan isu yang perlu diberi perhatian bukannya soal judi bola yang sedang digembar-gemburkan.
MAHAZA KATA :
Aku setuju penyelewengan ini harus di siasat secepat mungkin. Tang bukannya soal judi bola - tang ni sama jer bodoh piang. Langsung dua isu yang berbeza dan sama beratnya - judi tu lagi berat sebab melibatkan rakyat kesemuannya. Kes penyelewengan tu terus aje lah buat report POLIS dan SPRM amik tindakan apasal nak suruh JAIS lah, HASSAN ALI lah... tang ni aku tak paham - penyelewangan bukankah jenayah? Report lah dibawah jenayah komersil.
Kalau aku - satu aje - orang biasa buat jahat dia ingat semua orang sama jahat dengan dia - semasa dia jadi exco agama dulu pernah ada penyelewangan tak? Takde langsung? Sebab takde sapa report atau tutup kes?
Sambil menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Selangor berhubung pendekatan musyawarah dalam menangani isu-isu agama di negeri ini adalah kenyataan retorik semata-mata.
“Kenyataan tersebut disifatkan sebagai cuba menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan menipu rakyat.
“Kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) perlu menyelesaikan isu agama sedia ada bukannya mengeluarkan kenyataan politik untuk mengaburi mata rakyat,”katanya.
Jelasnya, isu-isu kecil seperti inilah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan PR dan Pas sendiri.
“Beliau kena lihat pada diri kerajaan PR itu sendiri. Apa yang mereka dah buat untuk mencegah kemungkaran itu sendiri. Kewujudan ‘Fun fair’ di Selangor yang tumbuh bagaikan cendawan.
“Rumah urut semakin banyak dan isu ajaran sesat yang tidak diselesaikan secara sistematik serta keadaan masjid dan surau yang mengalami kepincangan.
MAHAZA said : Kepincangan tu macamana? Satu kes? Masjid dan Surau yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang tak pernah ada sebelum ni tak pulak di luahkan.
“Masalah asas seperti ini yang perlu diselesaikan. Kenapa pemimpin PAS tutup mulut? Adakah takut pada Ronnie Liu,”katanya.
Remaja Australia ini disebut bakal ganti Usain Bolt
1 minute ago
No comments:
Post a Comment