Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 18, 2010

CUBALAH CHECK - CERITA RON95 ada benarnya atau tidak?

Lagi drebar rentung: Van terbakar bertembung kereta

BUTTERWORTH: “Jeritan meminta tolong masih terngiang-ngiang di telinga saya walaupun kejadian itu sudah lebih sejam berlalu,” kata saksi membantu mengeluarkan wanita yang terbakar selepas van dinaiki bersama suaminya terbakar sejurus kemalangan di Jalan Bagan Lalang dekat sini, semalam.
Dia yang enggan nama disiarkan berkata, dia menunggang motosikal untuk ke tempat kerja sebelum mendapati sebuah van terbakar ketika melalui Jalan Bagan Lalang kira-kira jam 6.40 pagi.


“Sebaik tiba, saya terdengar suara orang menjerit meminta tolong dari van terbakar.



“Walaupun api sedang marak, saya cuba membantu mengeluarkannya dari van berkenaan tetapi tidak sempat menyelamatkan pemandu van yang turut disambar api,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.



Menurutnya, dia meletakkan wanita berkenaan yang melecur teruk di tepi jalan dan menutupnya dengan kain berikutan pakaiannya hangus.



“Saya masih terdengar jeritan pemandu van yang meminta tolong walaupun sudah lebih sejam. Saya terkilan tidak dapat menyelamatkannya,” katanya.



Van berkenaan dinaiki suami isteri berusia 25 tahun, Lim Kui Thang dan Loh Geik Ting, dari Taman Bagan Lalang dalam perjalanan ke Taman Chai Leng, Prai untuk berniaga. Van dinaiki mereka bertembung Perodua Viva dipandu pekerja industri, A Mogan, 26, menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.



Lim rentung dalam van manakala Loh dilaporkan dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.



Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Butterworth, Zulkifli Harun, berkata enam anggotanya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 6.46 pagi.



Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati bahagian depan van sedang terbakar tetapi berjaya mengawal api dua minit kemudian.



“Pemandu van didapati rentung dan kami mengeluarkan mayat pemandu Perodua Viva yang cedera parah di kepala,” katanya.



Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Mohd Shukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut mengenai kemalangan itu masih dijalankan.


Beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.


No comments:

Cerita Dolu Dolu