MASIH HIDUP DLM DENIAL SYNDROM ROPANYA.
Wanita UMNO masuk lokasi pembangkang
KUALA LUMPUR - Wanita UMNO akan menggerakkan jentera pergerakan itu ke kawasan-kawasan ‘mencabar’ yang dikuasai pembangkang dalam usaha menarik sokongan rakyat terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jentera parti di seluruh negara dipertanggungjawabkan untuk mendampingi rakyat pelbagai kaum, termasuk Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Ampang contohnya, walaupun kawasan pembangkang, kita dengan ikhlas turun memberi bantuan dan bertanyakan isu yang memerlukan penyelesaian.
“Daripada maklum balas yang diterima, ramai penduduk memerlukan bantuan kebajikan dan kita akan membantu dengan sentuhan kasih sayang, melakukan kerja-kerja kebajikan yang konsisten,” katanya kepada media selepas Karnival Skuad Sayang Wanita UMNO di Taman Dato’ Ahmad Razali, Ampang dekat sini, semalam.
Shahrizat berkata, Skuad Sayang yang ditubuhkan pada 13 Oktober tahun lalu, dapat meringankan beban rakyat selain mendapat sambutan positif dan berkembang ke seluruh negara.
“Ini saya lihat, menjadi satu penyakit di seluruh negara di mana kawasan pembangkang setelah habis tsunami (politik), telah diabaikan, nasib baik ada kerajaan dan pemimpin BN yang dapat beri bantuan,” katanya.
Sementara itu, Shahrizat mahu kerajaan meningkatkan bilangan wanita yang dilantik menjadi Senator di Dewan Negara yang kini masih mempunyai kekosongan. - Bernama
No comments:
Post a Comment