Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 06, 2010

DAH SIAP BARU CERITA? TUNGGU RUNTUH LAGI BAIK.....

Monorel Melaka tidak penuhi syarat


MONOREL sudah siap sepenuhnya tetapi tidak dapat beroperasi seperti yang dijadualkan di Melaka semalam.


MELAKA - Walaupun telah siap dibina sejak sebulan lalu, perkhidmatan monorel sepanjang 1.6 kilometer di sepanjang Sungai Melaka di sini masih gagal untuk beroperasi kerana tidak memenuhi tiga syarat keselamatan yang ditetapkan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, salah satu daripada tiga syarat yang ditetapkan Jabatan Kereta Api itu ialah tangga kecemasan bagi membolehkan penumpang turun sekiranya monorel itu berhenti secara tiba-tiba di landasan.
"Dua lagi perkara yang diminta Jabatan Keretapi ialah sijil ujian berat kereta api dan sijil pengesahan yang menyatakan tangga bergerak di stesen monorel selamat untuk digunakan orang awam," katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu