Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 07, 2010

Dari perabih buat MONORAIL tak boleh jalan Eye On Malaysia dah nak karat....

Longkang sumbat sejak 10 tahun

Oleh Meor Riduwan Meor 

Ahmadmriduwan@hmetro.com.my

2010/10/07

MELAKA: “Sudah hampir 10 tahun sejak longkang terbabit dibina sampai sekarang tidak pernah dibaik pulih. Akibatnya kami sekeluarga dan beberapa penduduk berhampiran terpaksa menghidu bau busuk air longkang itu setiap hari.”Demikian kata warga emas, Ayob Md Dalip, 73, mengenai longkang di hadapan rumahnya di Kampung Batu 2 1/2, Jalan Malim, dekat sini, yang didakwa tidak pernah diselenggara sempurna oleh pihak bertanggungjawab.


Menurut Ayob, keadaan longkang tersumbat itu semakin teruk apabila hujan kerana strukturnya yang kecil dan dibina separuh menyebabkan air daripada sisa kumbahan rumah penduduk tidak dapat mengalir ke longkang besar di jalan utama.



“Longkang itu hanya dibina separuh saja dan rumah saya paling akhir sebelum ia terhenti di tepi kawasan bekas sawah.



“Ketika mula-mula longkang ini dibina, air mengalir elok, namun selepas hampir 10 tahun tidak diselenggara, ia dipenuhi sampah-sarap, malah semak-samun turut menutup saluran hujung longkang.



“Akibatnya air kumbahan dari rumah penduduk bertakung dan berwarna hitam serta mengeluarkan bau busuk,” katanya ketika ditemui di sini.



Menurutnya, masalah itu sudah diajukan kepada pihak berkenaan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk tindakan.



“Bagaimanapun, aduan kami dipandang sepi dan amat mengecewakan kerana saya sekeluarga dan beberapa penduduk lain berdekatan seolah-olah dianaktirikan. “Kami tidak pasti apa puncanya sehingga memaksa kami menubuhkan persatuan penduduk bagi menguruskan hal kebajikan,” katanya.



Ayob berkata, longkang sedia ada sepatutnya ditambah sepanjang kira-kira 300 meter ke longkang besar bagi membolehkan air kumbahan dari rumah penduduk disalirkan.



“Selain bau busuk, ia dikhuatiri menjadi tempat pembiakan jentik-jentik. Pada awal pagi dan menjelang senja, nyamuk banyak dan keadaan ini amat merisaukan jika aedes membiak.



“Jika hujan, air longkang yang tersumbat ini melimpah sehingga ke lantai simen rumah dan terpaksa kami anak-beranak bersusah payah mencucinya,” katanya yang kerap membersihkan longkang berkenaan dengan menebas rumput yang tumbuh di sekelilingnya. Kebimbangan Ayob turut dikongsi jirannya, Hassan Akob, 47, yang mendakwa bimbang longkang terbabit menjadi tempat pembiakan aedes.



“Saya difahamkan ada pegawai Jabatan Kesihatan datang dan memeriksa keadaan longkang ketika memantau operasi kebersihan bagi menghapuskan aedes sebelum ini.



“Justeru, kami amat berharap supaya pihak berkenaan membantu selesaikan masalah ini kerana kami kecewa dengan pihak JKKK yang seperti tidak mengambil tahu aduan dan nasib penduduk,” katanya.



Tinjauan Metroplus mendapati air di dalam longkang sepanjang kira-kira 30 meter itu berwarna hitam dan berkeladak serta terdapat banyak jentik-jentik di dalamnya.


No comments:

Cerita Dolu Dolu