Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) katanya:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan di antaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Di kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Sebab itu bagi saya, jika orang bukan Islam membantah azan, itu satu kebiadapan yang patut diambil tindakan. Namun, jika mereka membantah perkara-perkara lain yang disalahgunakan atas nama masjid dan Islam, kita patut semak terlebih dahulu sebelum bertindak. Jangan gunakan isu agama dalam perkara yang tidak benar.
Petikan tulisan Ustaz Asri....
Sekembali dari surau sesudah solat subuh tadi, terdengar dari corong speaker dua buah surau - disekeliling taman perumahan ini terdapat 3 buah surau dan satu masjid yang berdekatan dan boleh didengari laungan azannya melalui corong speaker.

Surau An-Nur memaklumkan kembalinya anak qariah kerahmatullah pada malam harinya dan jenazah dijangka akan dikebumikan sebelum solat zohor. Baguslah penggunaan dan dimanafaatkan dengan betul.
Surau satu lagi tak pasti samada life ataupun kaset, kedengaran ceramah? mungkin tazkirah atau kuliah subuh?
Jika saya boleh mendengarnya dengan amat jelas sekali bayangkan rumah-rumah berdekatan bagaimana pula? Tidak terganggukah tidurnya anak-anak kecil? Tidak terganggukah anak-anak yang perlu rehat untuk menghadapi PMR? Tidak terganggukah solat subuh mereka yang tidak sempat pergi ke surau? Bagaimana pula jika surau berdekatan masih ada yang solat dan mungkin tersasul apabila membaca ayat kerana 'terikutkan' suara penceramah tersebut?
Tidakah serba salah penduduk setempat menghadapi dilema ini? Jika yang Islam menegur, nanti dikatakan tak prihatin dengan majlis ilmu. Kena pula yang menegur jarang ke surau lagilah teruk diperli nanti. Jika yang menegurnya bukan muslim lagilah parah. Boleh jadi isu perkauman pula nanti.
Hakikatnya banyak surau dan masjid tidak prihatin dengan masalah ini. Speaker kemudahan baru bukanlah untuk diguna sewenang-wenangnya. Untuk azan boleh lagi diterima tetapi memperdengarkan majlis ilmu keluar dari kawasan surau adalah amat tidak betul kerana majlis ilmu seharusnya diperdengarkan kepada yang hendak mendengarnya iaitu di dalam surau atau masjid sahaja.Saya yang dapat mendengarnya dengan agak jelas sedangkan jika saya hendak ke surau tersebut memerlukan masa 15 minit berjalan kaki juga rasanya.
Saya tidak tahu apa pandangan JAIS atau MAIS dalam hal-hal sebegini. Ustaz Asri pernah menulis isu ini tapi berapa ramai yang hendak mengambil iktibar? JAIS dan MIAS bukan nak pakai cakap dia. Nak tangkap lagi adalah sebab takde tauliah.
No comments:
Post a Comment