Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, October 08, 2010

PANTANG LAAA ADA PRK KE PRU.... ramai nak masuk tong taik.

25 Anggota PAS Baling Tinggalkan Parti, Sertai Umno
BALING: Seramai 25 penyokong PAS dari Kampung Masjid, Kuala Pegang di sini Khamis bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana tidak puas hati dengan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Mereka yang diketuai Osman Harun, 50, menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Rahim.
Osman berkata dia amat kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak menunaikan janji-janji mereka seperti yang termaktub dalam manifesto pilihanraya Ke-12 yang lalu.
"Saya lihat tidak ada satu pembangunan yang dibuat oleh kerajaan di kawasan kami sehinggakan kami tidak tahu hendak mengadu nasib kepada siapa. Keputusan yang diambil saya bersama rakan-rakan adalah tepat kerana hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sajalah yang dapat membantu penduduk di kawasan ini mendapat pembangunan demi kemajuan penduduk setempat," katanya kepada pemberita di sini Khamis petang.
Azeez ketika ditemui pemberita berkata beliau amat terkejut dengan penyerahan borang keanggotaan Umno yang dilakukan pada majlis Jamuan Hari Raya Bersama Rakyat di Kuala Pegang hari ini kerana ia diadakan secara tiba-tiba.
"Saya amat kagum dengan mereka yang bersungguh-sungguh ingin menyertai perjuangan bersama Umno tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak dan amatbersyukur kerana mereka terpanggil setelah melihat kepimpinan Umno sahaja yang dapat membela nasib rakyat. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu