Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 05, 2005

Minyak naik lagi ooiii!

Harga minyak naik lagi. Petrol naik Rm0.10 dan diesel naik RM0.20. Krisis diesel yang berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu dikatakan disebabkan oleh masalah penjual diesel haram yang mengaut keuntungan menyebabkan bekalan diesel dicatu untuk pemantaun. Ada juga cerita-cerita dibalik tabir mengatakan kerajaan telah tiada duit untuk sudsidi sebab itu bekalan di catu. Mana satu? Masalah kecurian diesel memang ujud tetapi masalah yang satu lagi juga mungkin benar. Jika kenaikan harga diesel dirasakan perlu untuk mngurangkan penyeludupan atau mengelak penjual mencari untung atas angin mungkin boleh diterima tapi apa kaitan dengan harga petrol jika tidak kerana sebab kedua?
Implikasi dari kenaikan harga tersebut? Nampaknya harga barang akan meningkat lagi lah. Tambang teksi dan bas baru sahaja naik. Bagaimana pula bas sekolah? Tuntutan naik tambang telah disekat tempohari tapi sudah tiada lagi alasan untuk tidak menaikkan tambang. Mungkin selepas setahun dari sekarang akan naik lagi tambang. Tol? sudah semestinya. Gaji? Dok kat takuk lama lagi. Kenaikan gaji menteri-menteri 10% nampaknya memberi korban kepada rakyat marhain.
Sungguh mengecewakan permainan kerajaan sekarang. Walaupun akan adalah mereka yang mengeluarkan kenyataan "Harga minyak kita jauh lebih rendah dari ______ (sila isi tempat kosong dengan nama yang sesuai)". Nampaknya inflasi bakal melanda dengan lebih dahsyat lagi. Malaysia negara pengeluar minyak tetapi, harga makin naik pula. Harga petroleum mentah sudah meningkat jadi negara seharusnya lebih beruntung bukan makin tenat. Nampaknya rakyat jugalah yang semakin tenat.
Kerungsingan rakyat marhain ini harus diluahkan kepada siapa lagi?

No comments:

Cerita Dolu Dolu