Saya mula mengetahui perkara ini setelah melayari blog Roslan SMS bertajuk 'Tiada Ruang Untuk Agama Dalam Sekolah Kebangsaan'. Berita tersebut telah dicetak oleh NST dalam kesibukan untuk menaik taraf sekolah kebangsaan supaya menjadi pilihan semua rakyat berbilang kaum dimana syor untuk menjadikan mata pelajaran bahasa mandarin dan tamil menjadi mata pelajaran di sekolah kebangsaan. Ironinya, masalah sekolah integrasi untuk mendapat bantuan buku teks masih tidak selesai hingga sekarang. Sekolah bertaraf agama (di baca - islam) tidak mendapat perhatian sewajarnya. Kebetulan ketiga-tiga anak saya menuntut di sekolah integrasi.
Kenapa saya pilih sekolah integrasi? Terdapat beberapa sebab utama.
1 - Tiada lagi sekolah rendah agama setelah SRA diganti kepada SRAI (anak saya merupakan pioneer).
2 - Mudah. Dari 07:40 hingga 16:30 anak saya berada disekolah. Tiada kerenah kena balik naik bas (kebetulan tahun ini bas sekolah yang tetap tak lulus dek JPJ)
3 - Berkeyakinan tinggi dengan guru-guru dan asas agama yang kukuh tidak didapati di sekolah kebangsaan.
Semasa anak saya yang pertama didaftarkan kesekolah tersebut, ramai menarik diri kerana kurang keyakinan. Apabila anak saya yang kedua, terpaksa diadakan ujian bertulis. Maaf kata, jika anak-anak yang tidak menghadiri tadika atau tidak tahu menulis pada umur 5 tahun memang sukar masuk ke sekolah ini kerana tarikh ujian masuk pada bulan Mei. Anak saya yang ketiga juga melalui ujian tersebut.
Kenapa ramai ibubapa menghantar / hendak anak mereka masuk kesekolah tersebut? Saya rasa sebab 2 dan 3 diatas adalah punca sebenar.
Tahun ini adalah tahun pertama Sekolah Integrasi menempuh UPSR. Sudah tentulah harapan yang tinggi diletakkan oleh ibubapa dan guru terhadap pelajar pelajar ini. Sekolah anak saya mensasarkan 100% lulus dengan sekurang-kurang 100 pelajar mendapat 5A untuk UPSR dan 100% lulus dan 100 pelajar MUMTAZ untuk PSRA.
Apakah sekolah terlalu 'ambitious?' Saya rasa tidak. Melalui pengamatan saya dan perbincangan dengan ibubapa yang anak mereka disekolah kebangsaan, ianya tidak mustahil. Ramai guru-guru dari luar memerhatikan perkembangan sekolah tersebut. Dalam tempoh 3 tahun lagi saya rasa kejayaan tersebut lebih besar lagi kerana pelajar yang berada disekolah tersebut adalah pelajar yang telah ditapis. Saya tidak terperanjat jika sekolah tersebut boleh mendapat sekolah terbaik UPSR untuk seluruh Selangor kalau pun tidak seluruh Malaysia.
Mungkin tempoh masa yang panjang disekolah membolehkan pelajar memberi tumpuan sekata untuk belajar sebagaimana pelajar yang tinggal di asrama. Bulan September 2005 bakal jadi penentu peperangan kecil anak-anak ini.
No comments:
Post a Comment