SILA LIHAT BERITA 5 : NASIB TAK BANJIR JUGAK YA......
BERITA 1 : Tuan rumah Piala Dunia dilanda bencana.
CAPE TOWN 17 Jun - Bandar raya Cape Town yang menempatkan pasukan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 dilanda bencana teruk semalam selepas banjir dan kebakaran memusnahkan lebih 2,100 buah rumah kediaman penduduk sekitarnya.
BERITA 2 : Korban banjir di Perancis menjadi 18 orang
DRAGUIGNAN, Perancis 17 Jun - Jumlah kematian akibat banjir kilat yang melanda persisiran pantai Laut Mediterranean di Perancis meningkat kepada 18 orang dan sekurang-kurangnya 10 lagi hilang semalam, dalam kejadian banjir terburuk yang pernah melanda daerah itu sejak tahun 1827, kata para pegawai.
“Bandar Draguignan mengalami kesan paling buruk dengan ratusan buah kenderaan dihanyutkan air,” kata penduduk tempatan, Hugues Parant.
Lebih 1,000 orang didapati berlindung di sekolah-sekolah serta beberapa bangunan lain selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras.
BERITA 3 : Banjir buruk di Bangladesh korbankan 55 orang
COX’S BAZAAR, Bangladesh 17 Jun - Pasukan penyelamat Bangladesh mengharungi jalan raya yang terhalang dan banjir untuk mengedarkan bantuan kecemasan ke kawasan pedalaman yang dilanda tanah runtuh mengorbankan 55 orang.
Para pegawai berkata, bekalan makanan kering dan alat pembersihan air diedarkan kepada beribu-ribu mangsa yang kehilangan tempat tinggal ekoran hujan lebat terburuk dalam tempoh sedekad yang melanda tenggara negara Bangladesh yang bersempadankan dengan Myanmar itu.
“Setakat ini, di daerah Cox’s Bazaar sahaja seramai 50 orang mati dan sekurang-kurangnya 34 yang lain cedera, kebanyakannya parah,” kata pentadbir daerah, Giasuddin Ahmed kepada AFP.
BERITA 4 : Singapura Tenggelam
SINGAPURA: Banjir kilat ekoran hujan lebat selama dua jam di tengah-tengah bandar raya negara ini mengakibatkan keadaan kelam-kabut apabila kawasan letak kereta bawah tanah dan banyak kedai dinaiki air hari ini bermula pukul 9 pagi tadi.
The Straits Time Online melaporkan, kawasan yang paling teruk dinaiki air ialah Orchard Road dan persimpangan Scotts Road, bermula dari Paterson Road - kawasan lokasi Ion Orchard dan Menara Wheelock - sehingga kawasan Ngee Ann ditenggelami banjir setinggi hampir dua meter.
Bahagian bawah tanah Menara Liat dipenuhi air sehingga menjejaskan dan memusnahkan barangan di premis-premis seperti Starbucks dan Hermes.
BERITA 5 : NASIB TAK BANJIR JUGAK Hujan iringi PM terbang awal
Malam tadi asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.
Malam tadi, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.
Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.
MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.
Kemuncaknya malam tadi, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.
Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang
4 penuntut IPT ditahan disyaki edar dadah
23 minutes ago
No comments:
Post a Comment