Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 20, 2010

PDRM Akan Perangi Habis-Habisan Judi Piala Dunia

Kalau anak-anak baca kat bawah nih macamana nak explain agaknya ya (seperti yang aku boldkan) PERJUDIAN HARAM (PAK POLISI - PERJUDIAN HALAL juga tiada pak. Judi semuanya haram). Bestnya siap explain modus operandi lagi camana nak buat pertaruhan tu.....

PDRM Akan Perangi Habis-Habisan Judi Piala Dunia - SUMBER

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pasukan khas akan memantau kegiatan seumpama itu.

"Memang sudah ada pasukan khas ini...cuma kejayaan atau kes yang dilaporkan tidak akan didedahkan kepada media supaya tidak menganggu siasatan kerana ianya berterusan.

"Sememangnya setiap kali Piala Dunia kita akan gerakkan anggota untuk mengesan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Katanya, PDRM telah mengesan suspek dan lokasi perjudian, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, walaupun kerajaan telah mengeluarkan lesen bagi membenarkan judi secara sah dilakukan, namun Bakri berkata pasti akan ada sindiket-sindiket yang masih berdegil dengan menganjurkan pertaruhan tidak sah bagi mengaut keuntungan.

"Mereka yang didapati bersalah ini sama ada pemain atau penganjur akan dibawa ke muka pengadilan," katanya yang enggan mendedahkan jumlah mereka yang pernah ditahan selama ini.

Beliau berkata, modus operandi bagi pertaruhan Piala Dunia ialah mereka akan mencari jaringan perjudian sama ada melalui rakan-rakan mereka atau laman web yang menawarkan akses kepada mereka untuk berjudi.

Menurutnya, keputusan sesuatu perlawanan akan menentukan nasib pertaruhan mereka sama ada berjaya atau sebaliknya dan mereka akan kembali bertaruh untuk perlawanan seterusnya sehinggalah tamat Piala Dunia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu