Jumaat Mei 21, 2010 - SUMBER
SHAH ALAM: Dua lagi laporan polis berhubung kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis di Seksyen 11 pada 26 April lepas, dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.
Laporan polis itu masing-masing dibuat oleh kakak Allahyarham Aminulrasyid, Nor Azura, 39, dan Muhamad Hafizzudin Omar iaitu abang kepada Azamuddin yang merupakan rakan remaja itu yang berada bersamanya dalam kereta yang dipandu remaja itu ketika kejadian.
Peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N. Surendran ketika ditemui pemberita berkata, Nor Azura dalam laporan itu meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seolah-olah bertujuan menutup kes itu.
Surendran yang mengiringi keluarga berkenaan membuat laporan polis itu berkata Muhamad Hafizzudin dalam laporannya mendakwa berlaku cubaan membunuh oleh pihak polis terhadap adiknya Azamuddin kerana melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki kedua-dua remaja itu.
(MAHAZA KATA: Disebabkan anggota polis terlibat sudah dibawa ke mahkamah, serahkanlah kepada keputusan mahkamah. Saya rasa ini kurang adil kepada polis - bayangkan ada penjenayah yang cedera menyaman polis atau membuat laporan polis dia ditembak - alasannya? Polis berniat untuk membunuhnya.
Saya teringat kisah yang sudah agak lama di US apabila seorang penjenayah menyaman pihak polis dan kerajaan negeri (tak pasti mana) kerana penjenayah itu lumpuh akibat ditembak polis. Polis bertindak menembaknya kerana dia bersenjata. Apakah kita perlu sehingga ke tahap tersebut dan polis tidak mengambil endah baru kita menyesal?
Ada orang kata "Tak kena pada batang hidung sendiri atau ahli keluarga sendiri bolehlah cerita" - saya kata, kalau kena kat ahli keluarga sendiri mungkin saya tetap ambil pendirian yang sama. Saya pernah bercerita kepada anak-anak saya - "Kalau korang terang terang buat salah, jangan harap papa akan jamin korang")
Muhamad Hafizzudin juga meminta KDN menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera, katanya. - BERNAMA
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
4 hours ago
No comments:
Post a Comment