IPOH - Kerajaan akan memutuskan pelaksanaan skim gaji minimum terutama di sektor industri yang dilihat masih terlalu rendah sebaik sahaja kajian terhadap kesannya selesai.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, pada masa sekarang pihaknya masih membuat pertimbangan pelbagai pandangan terhadap kesan yang timbul apabila ia dilaksanakan.
“Kita masih membuat kajian dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai segi untuk menetapkan bagaimana kita akan menghadapi isu itu serta mendapatkan penyelesaian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan cermin mata oleh MIC Bahagian Ipoh Barat kepada 200 murid miskin di sini, semalam.
Ketika ditanya mengapa kajian terhadap pelaksanaan skim gaji minimum mengambil masa lama, beliau berkata, skim gaji minimum adalah satu isu besar dan ia mesti dikaji secara mendalam sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan. SUMBER
“Tindakan ini penting kerana kita mesti mengambil kira kesan-kesan dan implikasi akibat pelaksanaannya. Untuk memberitahu satu masa yang tepat (bila ia dilaksanakan) itu susah sedikit, tetapi memang kita akan melaksanakannya seberapa cepat yang boleh,” katanya.
Tak pasti apakah kajian tersebut cukup menyeluruh atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Apakah kajian tersebut diambil kira melalui data atau survey yang diberikan oleh majikan kepada Kementerian atau data tewrsebut diambil dari sumber yang lain.
1 - Sumber paling boleh dipercayai dan pantas adalah dari KWSP. Kenapa? Borang A KWSP semenjak 2009 mewajibkan majikan mencatatkan gaji/upah yang diterima oleh pekerja.
2 - Pengurangan penggantungan kepada pekerja asing. sebenarnya tiada masalah langsung penggunaan pekerja asing dalam situasi sukar mendapat pekerja TETAPI apakah langkah Kementerian dalam menangani masalah majikan yang KELENTONG? Sesetengah Negara menetapkan gaji minima. Apakah Kementerian mengambil langkah menyiasat dan mendapat maklumat tepat tentang gaji yang pekerja asing tersebut dapat?
3 - Apakah kemudahan yang WAJIB disediakan oleh majikan kepada pekerja asing seperti pengangkutan, tempat tinggal insuran dan sebagainya tiada tolakan terhadap gaji pekerja tersebut? Seperti juga Levi yang tidak dibenarkan tolakan dari gaji pekerja adakah ianya benar-benar dipatuhi?
4 - Kementerian tahu atau tidak ada majikan yang membayar gaji minima seperti yang dipersetujui antara kerajaan (sila betulkan fakta ini) termasuk bayaran kerja lebih masa?
Contoh : Gaji pekerja Vietnam - minima RM750 sebulan. Gaji pokok dibayar RM450 (untuk kerja 48 jam seminggu) kerja lebihmasa setiap hari 4 jam (pekerja bekerja 12 jam sehari. Bayaran kerja lebihmasa sebulan adalah bernilai lebihkurang RM350 tidak termasuk kerja Cuti Rehat atau Cuti Umum. Jumlah gaji di bayar sebelum tolakan adalah sebanyak RM450 + RM350 = RM 800 sebulan. Lebih dari gaji minima yang diperuntukkan - alasan kepada pekerja asing tersebut.
5 - Pekerja tempatan nak kerja dengan gaji tersebut? (RM450 sebulan?). Tempat tinggal - sendiri, Transport - sendiri. Cukupkah? Silap gaya kerja lebihmasa disekat (untuk beri peluang kepada pekerja asing).
Tidak dinafikan pekerja tempatan juga memberi pelbagai masalah kepada majikan tetapi adakah ianya munasabah? Adakah majikan mengambil inisiatif untuk memperbaiki kelemahan tersebut? Gaji memang sesuatu yang amat sensitif kepada pekerja. Walaupun kesilapan kiraan melibatkan SATU SEN harus diteliti dan di bayar - itulah PESANAN saya kepada anak buah apabila pengiraan gaji dibuat setiap bulan.
Harapan saya maklumat tersebut di atas diambil kira dengan betul sebelum sebarang perlaksanaan gaji minima kerana akhirnya yang bakal menjadi mangsa adalah anak bangsa.
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
4 hours ago
No comments:
Post a Comment