16 September 2005, malam penutup bulan kemerdekaan. Konpius sikitlah pasal malam penutup bulan kemerdekaan ni. Apa motifnya? Malaysia (merangkumi Sabah & Sarawak) pada 16 September 1963 sebab itu jadi penutup keujudan Malaysia ke? Di RTM2 ditunjukkan perarakan dan persembahan oleh gajah, raminya orang. . . sebab ada Mawi?
Anugerah AE05
17 September 2005, Anugerah ERA 2005. Berbagai anugerah di beri kepada artis penurut populariti - pemenang kecuali Anugerah Khas ERA (dimenangi oleh M.Nasir) dan Anugerah Carta ERA (Peterpan) semuanya ditentukan oleh pengundi SMS, Internet melalui ERA Radio. Habis tu Anugerah Artis Pilihan DIGI (dimenangi oleh semestinya - Mawi) tu pulak apa? Bukan ke yang lain pun Anugerah Pilihan SMS juga? Musykil aku - yang pasti Farah yang di calonkan dalam 4 kategori tidak menang (sorry yek Ilham) sebab aku tak berapa suka dia ni - suka menjerit.
Malaysian Idol Spectacular
Lawak antarabangsa - itulah, suka sangat kutuk AF (sebab Mawi lah sebenarnya) aku rasa MI kali ni memang kelakar. Aku bukan musician jadi tang teknikal tu aku pun tak tahu tapi kalau Daniel yang mengunyah lirik, aku pun boleh faham kelemahannya. At least, Mawi nampak improvement dari mula from zero. Ni yang masuk final MI macam pertandingan karaoke biase aje. Imagine, JAC tak boleh pergi untuk World Idol dan di gantikan oleh Daniel (aku rasa dia menang instead of Nita) . And talk about MI have better selection. Pleaze lah. Kalau pilihan terletak pada tangan pengundi (SMS & Fixed line) tak boleh nak predict keputusan dan minat orang ramai dan selalu nya pilihan mereka lebih tepat kot sebab diorang (peminat) yang nak beli album bukan so called 'Judges'.
Menyambut Ramadan
Tahun ini kami menyambut Ramadan berlainan sedikit. Weekends sibuk dengan kehulu kehilir membeli barangan untuk jualan. Harap ianya akan berterusan bukan untuk Ramadan sahaja. Harap berkat Syaaban berterusan.
Nisfu Syaaban
18 September 2005 bersamaan 14 Syaaban 1426. malam tersebut adalah Malam Nisfu Syaaban. Malam itu dimeriahkan oleh bacaan yassin di surau-surau dan masjid-masjid. Qiamullail juga ada dilaksanakan. Kali ini aku tak join, cuma baca yassin di rumah dan qiamullail sendirian sahaja. Di surau, majlis membaca yassin sebanyak 3 kali di adakan. Aku konpius sikit tentang amalan ini. Ustaz Ismail Kamus pun pernah hilite kan fasal amalan ini yang tergolong dalam bidaah. Aku tak boleh la nak bangkang kan? Sapa lah aku ni. . . Teringat cerita adik ipar semasa di London, pak-pak Arab ni siap berdebat pasal isu amalan Nisfu Syaaban sebab diorang tak jumpa dalil. Sapo nak jawab?
Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa
Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa telah pun berakhir pada 17 September 2005. Qariah Malaysia berjaya menjadi johan. Sudah lama Qari lelaki tidak menjadi Johan. Rasanya tak penting lah Johan tu. Cuma aku konpius apasal pada masa yang sama kerajaan boleh mengadakan perayaan penutup bulan kemerdekaan. Rasanya tak sesuai langsung. Tapi mungkin juga sebab biasa di adakan pada bulan Syaaban dan kita tahu bulan Hijriyah berganjak 10 hari setahun jadi kebarangkalian untuk berselisih memang ada cuma kecewa sikit lah sebab dah tentu Pak pak menteri takde kat PWTC kan? Tak berani nak komen bebanyak lah tang ni. . kenapa tak jemput Mawi ke sebagai Qari jemputan?
Isu Ketua Pengarah Kastam - Tan Sri Halil
Kesian pulak aku baca kes ni. Ye lah, yang nak buat majlis perpisahan bukan Tan Sri Halil tu bukan dia tapi pegawai-pegawai kastam. Apasal nak timbul isu dia yang guna sampai 5 juta? Betul ke? Kesian Tan Sri Halil. Tak patut betul sesiapa yang timbulkan isu ini dan dia dilaporkan akan membuat laporan polis - sumber. Apa kaitan dengan aku? Tak de kaitan kecuali sama-sama Ex-SASsians dan ditambah pulak dia Pengerusi ASAS. tu aje.
No comments:
Post a Comment