MB Terengganu: Letak jawatan jika sokong pembangkang
MB Terengganu faham tak maksud pengkhianat? Jual negara - tu pengkhianat. Pembangkang = pengkhianat? Patutlah buat ikut suka hati aje. Kalau polis dan tentera yang tak sokong 'pembangkang' apa akan jadi jika kerajaan bertukar? Mereka perlu berhenti pula? Bagaimana dengan yang pencen? Perlu berhenti ambil wang pencen? Sebab itu duit 'pembangkang' ke? Sekarang mereka dibayar dengan duit sapa? Duit BN? Penjawat awam yang dibayar oleh kerajaan negeri Selangor atau P.Pinang atau Kedah atau Kelantan (samada dibayar penuh atau separa bagaimana pula? Nak suruh mereka berhenti atau tidak?) Memang selayaknya MB Terengganu diganti...
3 Jun 2012
KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.
“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.
“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.
Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.
Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.
No comments:
Post a Comment