Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, September 19, 2010

BERAPA NESAR SEBENARNYA KUMPULAN INI?

Dua Suspek Kes Ugut Isteri Jutawan India Direman Tujuh Hari
SEPANG: Mahkamah Majistret Litar di sini, Sabtu membenarkan permohonan polis untuk menahan reman dua suspek kes ugut isteri seorang jutawan India yang dilaporkan hilang di Banting, di sini sejak awal tahun ini.
Majistret Hurman Hussain membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warganegara India, S.Usharani, 24.
Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh wang RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1juta yang kononnya bagi membebaskan suamninya, Allal Kathan Muturaja.
Jutawan berumur 34 tahun itu dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini.Kedua-dua lelaki itu dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi dan perintah reman itu dikeluarkan kira-kira sejam kemudian. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu