Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, September 20, 2010

BUKAN POLITIK, BUKAN PERKAUMAN - KES BUNUH SEMATA-MATA

HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN PEMBUNUHAN SOSILAWATI DAN 3 RAKAN.

Pertemuan dengan seorang pegawai bank CIMB keturunan India baru-baru atas urusan peribadi membawa satu dimensi baru kepada rakyat Malaysia jika kita fikirkan. Keuntungan paling ketara (samada dalam masa terdekat atau lambat lagi sukar dipastikan) mungkin kepada PAS dan tentunya sebagai rakan bersama, Pakatan Rakyat mendapat manafaat juga.

Latarbelakang kisah ini. 
Saya pergi bertemu dengan pegawai bank cawangan tempat pinjaman loan saya untuk urusan MRTA dan sementara menunggu borang di emailkan kepadanya, sedikit pertanyaan dilontarkan kerana saya paling musykil tentang kehadiran Norhisham, seorang pegawai bank dalam kes ini. Adalah sedia maklum bagi pegawai bank untuk bertemu ‘favourite client’ kadangkala lepas waktu pejabat untuk urusan perbankan. Pegawai yang saya temui juga kerap pulang selewat 11:00pm kerana temujanji dengan client diluar.

Secara  kebetulan pula pegawai yang saya temui tersebut berasal dari Kampung yang sama tempat ladang pembunuhan tersebut di Banting. Secara keseluruhan memang dia sendiri sukar menerima kenyataan kerana mengenali mangsa sebagi rakan sekerja – pernah pergi seminar bersama dan merupakan ‘jokers ‘ yang disenangi. Berkemungkinan Datok Sosilawati mengajak beliau menemaninya ke Banting dan sebagai favourite client beliau bersetuju yang berakhir dengan tragedy yang menyayat hati itu.

Dipenghujung perbualan pegawai tersebut berkata – “Kalaulah penjenayah-jenayah tersebut diikat ditiang dan dibiarkan dipukul oleh orang ramai yang lalu lalang dengan bat kriket seperti yang mereka buat kepada mangsa – baru padan muka – Setimpal dengan perlakuan mereka"

Walaupun tidak dimaksudkan oleh pegawai tersebut tetapi itulah ‘hudud’

Cuba kita teliti  hukuman Qisas (hukuman balas)
Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:  
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

Cuba kita merapati rakan-rakan yang bukan Muslim ataupun Muslim sendiri dan bertanya apakah mereka bersetuju jika mahkamah boleh menjatuhkan hukuman seperti yang pegawai bank itu katakan – saya rasa ramai bersetuju dari tidak (silap gaya 100% bersetuju). Bagaimana jika ianya dilontarkan kepada ramai penentang hudud itu sendiri. Karpal juga tidak terkecuali. Cuba kita selidiki reaksi rakyat Malaysia secara umumnya.
Walaupun pembunuhan tersebut yang sememangnya kejam, hikmah kejadian tersebut mungkin seperti berikut :
  1. 1.       Tertangkapnya penjenayah
  2. 2.       Polis dapat membuka semula kes orang hilang yang juga merungkai misteri lebih ramai lagi mangsa yang hilang – dimana sekurang-kurangnya memberi nafas baru dan harapan atas usaha pencarian oleh ahli keluarga mangsa yang lain walaupun bukan itu yang mereka harap akan dijumpai.
  3. 3.       MEMBUKA JALAN KEPADA PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD di MALAYSIA. Masih banyak lagi liku-liku yang harus dilalui tetapi tentu ianya menjadi lebih mudah dari sebelum ini.

Wallahua’lam – artikel ini hanya pendapat saya sahaja untuk direnung-renungkan. Semoga mendapat manafaat.

No comments:

Cerita Dolu Dolu