Bayaran masuk nanti akan meningkat tak? Mungkin bayaran masuk ke Snow Walk aje kena charge lain kot.
Teknologi Korea Dan China Untuk Projek 'Snow Walk' Di ICT
SHAH ALAM: Teknologi canggih yang dibawa masuk dari Korea dan China ke negara ini akan memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman bermain salji dengan adanya 'Snow Walk' yang dijangka dibuka pada Januari 2011 di i-City di sini, Isnin.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif i-Berhad, Eu Hong Chew selain menawarkan kelainan kepada rakyat Malaysia, usaha mewujudkan 'Snow walk' di Pusat Komersial i-City Shah Alam juga dibuat sebagai sebahagian daripada rancangan projek pembangunan bandar cahaya itu dalam jangka masa sepuluh tahun.
"Bagi merealisasikan projek ini, kami telah menjemput tenaga pakar dari Korea yang berpengalaman dalam menghasilkan salji tiruan dan pasukan pengukir ais dari China," katanya kepada mStar Online.
Hong Chew berkata, salji dan ukiran ais dipilih sebagai komponen major projek ini bagi mewujudkan suasana berbeza di samping mempunyai unsur kesenian dan budaya serta menonjolkan kemajuan teknologi dunia.
"Dengan teknologi, rakyat Malaysia dapat melihat jatuhan salji, menyentuhnya dan bermain-main di kawasan yang disediakan nanti tanpa perlu berkunjung ke luar negara.
"Ukiran ais yang direka dengan bentuk unik dan pelbagai akan membuatkan pengunjung berasa kagum," katanya.
Menurut Hong Chew, 'Snow Walk' yang akan dilancarkan pada penghujung Disember ini melibatkan pelaburan bernilai RM10 juta di kawasan berkeluasan 17,000 meter persegi.
Sementara itu, Pengarah BK Korea, Ki-Choon Lee yang tiba di Malaysia pada Isnin optimis terhadap rancangan mewujudkan 'Snow Walk' di i-City.
Beliau yang juga pemilik syarikat pengeluar mesin salji terkemuka di dunia itu menyifatkan i-City begitu indah dan unik, justeru ianya akan menarik lebih ramai pengunjung dengan pembukaan 'Snow Walk'.
Lee yang terbang dari Korea untuk melihat lokasi dan kemajuan projek di sini akan membawa masuk tiga mesin canggih yang mampu menghasikan sekitar 1.2 - 1.5 tan salji tiruan sehari.
"Salji yang terhasil adalah 90 peratus menyamai salji semula jadi. Tidak seperti salji tiruan lain, salji ini lebih halus, lembut dan ringan," katanya yang berpengalaman dalam bidang ini selama 13 tahun.
Pengukir ais sepenuh masa dari China, Sing Xie Fung pula berkata, teknologi canggih pada masa kini membuatkan ukiran ais tahan lebih lama.
Xie Fung yang akan berada di Malaysia selama dua bulan bersama rakan pengukir seramai 30 orang kini sedang menjalankan kerja-kerja mengukir ais bagi melengkapkan projek 'Snow Walk'.
Suhu di kawasan 'Snow walk' ini menjangkau sehingga -5 darjah celcius.
No comments:
Post a Comment