Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 28, 2010

KALAU CABUT LARI INSURANS BOLEH BAYAR FEE GANTI TAK?

Rasanya ianya mungkin melibatkan sedikit kos tambahan tetapi bila buat pengiraan pro-kontra masih ok lagi CUMANYA dalam kes pembantu cabut lari, majikan kena potong dek imigresen, ejen kengkadang tak bagi ganti (samada tempoh 3 atau 6 bulan dah lepas ke) atau ejen MIA. Belum kes ada orang gaji macam takde orang gaji.... jenis pahat... ok lagi... kalau jenis bebal/lembab? lagi parah... kes termengandung ker pulak... dera anak majikan lagi.... insuran tanggung ke idak? patut insuran kena tanggung dua-dua la... jadi bayar lebih sikit pun tak risau sangat.... ingat semua orang nak amik orang gaji ke? tengoklah kos nak hantar anak ke TASKA atau Babysitter sekarang? Kalau anak 2 orang tak kurang RM700 (satu hari.... baik la amik maid). Kesian ISA

Majikan kini makin terbeban



Kos yang ditanggung majikan untuk mengambil pekerja asing terus meningkat setiap tahun. - Gambar hiasan.




MELAKA – Premium insurans kesihatan bagi 216,000 pembantu rumah di Malaysia perlu ditanggung oleh majikan masing-masing.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, selain itu, premium insurans kesihatan bagi seramai 252,000 pekerja asing sektor perladangan juga perlu dibayar majikan.
“Bagi sektor perladangan dan pembantu rumah, kerajaan telah membuat keputusan supaya majikan membayar premium tersebut,” ujarnya selepas melancarkan program Penempatan Pekerjaan Azam Kerja 1Malaysia di sini semalam.

No comments:

Cerita Dolu Dolu