Ini baru namanya University. Banyak University Teknologi ternama seperti di Jepun menghasilkan rekacipta sebegini. TAHNIAH UPM. Still kelemahan dari segi penerangan adalah tahap ketahanan bateri 48 jam tersebut waktu 'tidur' atau 'jalan'? Pada kelajuan 90km/jam berapa lama pula bateri itu boleh bertahan? Itu lebih penting but STILL, TAHNIAH lagi sekali dari saya.
UPM reka prototaip kereta elektrik
KUALA LUMPUR – Senario kesesakan tempat letak kereta di Putrajaya telah memberi ilham kepada sekumpulan penyelidik muda Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan sebuah kereta kompak elektrik berteknologi tinggi.
Kereta berkonsepkan futuristik yang dikenali sebagai Putrajaya Cell City Car diharap dapat mengurangkan masalah tempat letak kereta yang semakin kritikal di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.
Menurut Ketua Penyelidiknya, Sazrinie Zainal Abidin, kenderaan elektrik yang mempunyai saiz menyamai kereta jenama Kancil dan kereta Smart keluaran Mercedes Benz itu mempunyai tiga tayar dengan dua tempat duduk dan mampu memecut sehingga 150 kilometer sejam.
“Kami mencipta kenderaan yang serba moden. Selain soal letak kereta, kereta ini mudah dan selesa untuk dipandu dan sememangnya sangat praktikal selain berprestasi untuk dipandu di bandar seperti Putrajaya.
“Kereta ini juga mesra alam kerana tidak bergantung kepada petrol dan diesel. Bateri kereta juga mampu bertahan selama dua hari,” katanya sambil menambah kereta masa depan itu juga sesuai dipandu di kawasan berbukit.
1 comment:
hamba nak komen sikit kesesakan parking kat putrajaya.
1. Konsep bandar dalam taman hanya retorik utk sedap dibentang ambik hati PM saja. walhal tak praktikal.
2. Taman dlm bandar bukan semesti dikhaskan taman dan lanskap tetapi utk tengok saja. apa faedahnya? sapa yg nak berkelah kat taman2 tu? hanya utk sedap mata memandang.
ada ke org datang putrajaya nk kagum tgk taman2 tu? org ke sana ada urusan penting saja tau. takde masa nk menghayati taman2 tu.
3. Cadangan 1: taman2 tu hendaklah disekalikan dengan temapt parking. tempat parking dicelah2 pkok2 kecil yg tidak bahaya. Konsep parking dalam taman lebih baik daripada bandar dalam taman.
gunakan pavemen berselang seli rumput dan ditanam pokok2 pada jarak tertentu yg tidak besar atau bahaya kepada kereta. inilah bentuk kawasan letak kereta yg sepatutnya.
akhirnya 90% taman putrajaya adalah tempat letak kereta yg indah dan masih terdapat pokok2 cantik diantara kereta2 yg di parking.
4. Cadangan 2: pengangkutan awam sekitar putrajaya tidak efisien. takde sapa suka bawa kereta ke sana. mana sistem pengangkutan awam yg berkesan. guna bas mini pun takpe sebab sekitar putrajaya aje.
Moral of The Story :
kalau nk bentang pelan master jgn semata2 nk seronokkan PM dgn taman lm bandar. kena lebih praktikal.
Post a Comment