Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, August 06, 2010

Felda beri amaran keras

Apa punya turrr. Kalau FELDA memang mempunyai kepakaran dan berkualiti ianya tidak akan tergugat dek kata-kata individu semata-mata. Apa kes kena bertanggungjawab fasal statement individu. Kalau macam tu aku boleh ke kata kerajaan bertanggungjawab keatas aku apabila aku kehilangan kerja sebab kerajaan kata ekonomi Malaysia kukuh, tenaga murah dan sebagainya, syarikat tutup dan pindah ke negara lain jugak?
KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memberi amaran kepada ahli politik yang sengaja menimbulkan isu Felda bankrap baru-baru ini supaya bertanggungjawab sekiranya rakan kongsi dari luar negara tidak menjalinkan kerjasama selepas ini. 

Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata, amaran dikeluarkan itu bagi memperlihatkan ketegasan Felda menangkis tohmahan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai. 

“Dalam hal ini, kita tidak akan berdiam diri malah berusaha memperbetulkan persepsi masyarakat supaya mempercayai Felda sebuah agensi yang mampu memberi perlindungan kepada masyarakat Melayu dalam sektor perladangan dan perniagaan. 

“Saya tidak melihat pengecutan kumpulan Felda seperti diuar-uarkan kerana Felda mengorak langkah menjadi agensi berwibawa,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas pelancaran D’Muara Felda Residence Kuala Terengganu dan Bufet Ramadan 2010 di pekarangan Felda Residence, Kuala Terengganu. 

Sementara itu, Yusof berkata, Felda sedang membina sebuah hotel baru di Tanjung Leman, Mersing, Johor yang menelan belanja RM32 juta dan bakal siap sepenuhnya Disember ini. 

“Pembinaan hotel ini membuktikan kesungguhan Felda menjana pendapatan selain membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu